well, aku memang ada eye-bag pon. kalau ikut alim, dia panggil "tea-bag". anyway, malam semalam, di kala tengah tengok tv, tiba-tiba rasa macam pandangan mata ni mengecil. ingatkan sebab ada tahi mata ke ape. bila tengok kat cermin, mata bengkak.
actually ni dah better sikit dari masa mula-mula tengok cermin.
bila tengok mata sendiri bengkak siap eye-bag jatuh macam orang umur 60-an, aku pon panic. ye, aku memang suka panic. dapat dari sape lah perangai panic ni kan Mama kan? eh?
so aku tunjuk kat mama dan mama suruh ke klinik. confirm allergic reaction ni. sementara bersiap-siap, aku try recall balik bila kali terakhir aku kene allergic reaction ni. it was year 2004.
masa tu makan pain killer, ibuprofein. dalam 20mins lepas tu terus mata bengkak dan airways mengetat. so susah nak bernafas. terus ke klinik, zass kene injection dan reda. since then memang berjaga-jaga untuk tak makan ibuprofein dan adik beradik profein nya.
so, aku pon recall aku makan ubat or makanan ape yang maybe boleh menyebabkan allergic reaction ni. actually petang semalam aku ke klinik salak di uniten. jumpa doktor pasal sakit lenguh pinggul kanan aku ni. dah siap bagitau doktor aku allergic ibuprofein so dia kasi ponstan since sebelum ni aku pernah makan ponstan dan takde masalah.
aku makan ubat tu dalam jam 6.30pm, kene allergic reaction jam 9.00pm. so ambil masa agak lama jugak ubat tu nak kick in.
aku memang confident allergic reaction sebab ubat kerana tengah hari tu aku makan ani sup utara di bangi dengan kawan-kawan office. memang dah biasa makan situ. dan malam pulak aku makan roti 2 keping sapu butter dan tabur gula. takkan aku allergic roti kot kan?
Maisarah aka semai temankan pergi klinik. dia drive walaupon klinik tu sepelaung aje dari rumah. mane tau tetiba aku nak tergolek pengsan ke kan sebelum sampai klinik. so lepas daftar, lepas dulu tunggu giliran.
bila nurse panggil masuk, aku cerita lah semua kat doktor tu. by the way, doktor ni ialah kawan kepada supervisor PhD aku. apekah? well, aku tau dah lama dah pon dan kitorang friends kat FB. boleh? hahaha. aku tak kira, kenal ke tak kenal, aku dah risau takut ape-ape jadi. so cerita semua kat doktor tu including medical history, allergic ubat ape sebelum ni, asthma, resdung teruk masa kecik dan ambil ponstan, makan ape, etc. kita doktor tu takyah tanya banyak la sebab aku cerita semua.
so doktor kata memang kengkadang badan kita boleh berubah tiba-tiba allergic to a certain things, including ubat. dulu tak allergic dan now allergic. so dia tanya nak dia kat jab tak? aku tanya balik, doktor rasa? (slumber tanya balik kan). sebelum dia jawab, aku just cakap kasi aje lah takut ape-ape jadi malam nanti. siap aku tanya dia lagi klinik dia tutup pukul berapa just in case aku nak datang balik kalau ape-ape jadi. ok, baik aku bukak klinik sendiri kan. mengada.
so masa nak injection pon suka aku nak beradegan kan. injection kat tangan so masa nak selak tshirt sampai bahu, bila angkat lengan baju, lepas siku aje dah tak boleh angkat lagi. kenapalah kau pakai tshirt lengan panjang yang hujungnya kecik kan. so aku just selak tshirt ikut leher aje lah. lepas dah injection, settle semua, ambil ubat dan balik.
mother aka mama yang panic tak habis-habis cakap, kalau aku rasa ape-ape malam nanti suruh kejutkan dia. well, memang adik-beradik aku takde sorang pon berani kejutkan mama kalau beliau tengah tido. takut, you all. alhamdulillah takde ape. since doktor kasi injection piriton + kurangkan bengkak, so aku tidur dengan lena sekali.
pagi ni pon dah tak bengkak, tapi ubat makan aku dah simpan dalam handbag, standby ape-ape jadi.
doktor nasihatkan untuk tak ambil ape-ape painkiller.
so, nak bersalin nanti no painkiller for me?