Monday, June 27, 2011

june's cameronian survey camp - the intro

kanaks pergi mengukur bukit bukau puncak gunung jalan raya jalan tanah merah lot kedai lot rumah di cameron highlands tersebut. maka di kala senggang, daku membuat lawatan tapak untuk mengukur bunga-bungaan rose itu.

p/s: ambil gambar pakai norkiah saja




















eh, siapa ambil gambar aku tertidur take-5 tepi sungai ni???

Tuesday, June 14, 2011

kambeng


seriously, kambing-kambing siapa yang terlepas kat kawasan perumahan aku ni?

Friday, June 10, 2011

Shi Min Ah

DrNotts kata, muka aku macam Shi Min Ah. pelakon drama korea.


tapi, aku rasa muka dia yang macam muka aku..

Thursday, June 9, 2011

makan

menyampah pulak aku tengok drama / filem malaysia especially filem melayu yang suka main makanan bila buat adegan makan.

salah sorang blogger pon pernah kasi komen yang kalau pelakon drama melayu buat adegan makan, mesti nak gaul / tenyeh / main dengan makanan sampai kembang nasi segala bagai. (alamak, aku dah lupa siapa blogger tersebut. hampunnn..)

cuba ka makan betul-betul sengap nasik penuh mulut macam citer korea tu. baru puas hati. tak kira la kalau lepas director kata "cut" ko nak keluarkan balik ke hape. janji cantik dan memuaskan adegan makan tu.

tapi aku suka kalau afdlin shauki berlakon adegan makan. serius menyelerakan. terus aku rasa nak makan jugak.

hantaran

aku pernah cerita ke yang aku ialah allergic sabun mandi jenis liquid?

selama ni aku tak tau pon kulit aku allergic sabun jenis liquid. so dah dekat 10 tahun aku ialah belasah pakai sabun liquid. dari kat hengland dulu, sampai masuk uitm, upm, kerje bagai, outstation, conference, present paper, site visit, camping, hiking, etc. semua aku blasah guna sabun jenis liquid. lagipon sangat senang nak masukkan dalam beg toiletries kalau kene outstation kan.

tiba-tiba, balik dari UK baru ni (2 bulan dah, kira baru kah?) aku menggatal dan saje testing pakai sabun mandi jenis sabun buku tu. kulit lengan aku ni memang dah lama gila ialah sedikit macam menggerutu + kurang licin. tapi lepas seminggu guna sabun jenis buku, dah berkurang banyak menggerutu tu. skrang dah settle semua. licin bagaikan kulit gembo-gembo. ok, aku tipu. mane lah ada kulit oran tua selicin kulit baby ye tak. tapi memang licin lah. yup, aku pakai body lotion jugak kat kulit aku (cocoa butter jenis lotion).

maka, aku membuat kesimpulan yang aku hanya boleh pakai sabun mandi jenis sabun buku. itulah hasil keputusan experiment dari scientist yang tak bertauliah ni.

satu lagi experiment yang aku buat ke atas diri aku sendiri ialah pasal deodorant. masa kat uitm, semua roomate aku pakai deodorant. lepas tu pulak, semorang dalam rumah ni pakai deodorant (Manja dia mandi deodorant tu), aku pon tergediklah nak pakai jugak. maka, masa kat uitm, aku saja testing pakai deodorant jenis yang member-member aku pakai. mula-mula aku pakai nevea jenis spray punya. lepas dua tiga hari, jadi gatal ketiak pulak. aku sebagai penggatal yang tegar telah menggaruk sampai melecet. padan muka sendiri. aku ingatkan aku allergic yang jenis spray punya. so aku tuka kepada roll punya dan tukar brand jugak. sama jugak kejadian. dan, kejadian yang sama jugak terjadi bila aku pakai deodorant jenis stick punya. tapi, bila time aku tak pakai deodorant, aku tanya Latifah, apekah badan aku ada mengeluarkan bau. dia kata takde. so, sekali lagi aku telah membuat kesimpulan bahawa diri aku ialah allergic pada mane-mane jenis deodorant dan tak perlu pakai deodorant.

pergh, murah sungguh nak maintain aku kan. sabun pon pakai sabun buku. haritu aku beli brand palmolive, 3 ketul ialah RM2.50. kalau nak beli yang jenis body shop pon, paling mahal aritu aku tengok RM10 seketul, compare to yang liquid punya RM25.00 sebotol (tak ingat berapa ml).

so, nanti barang hantaran kahwin aku, kalau nak kasi set mandian ke hape, konfem lah murah kan. lepas tu, aku rasa barang hantaran yang letak atas dulang tu kalau letak kasut, handbag or baju, macam cliche pulak. sama aje, semorang buat camtu (i mean almost semorang).

so, hasil dari borak-borak dengan kakak-kakak kat office pagi tadi, diorang kata camni "kau tak yah mintak handbag-kasut-makeup bagai.. kau mintak aje ipad2, iphone or mane-mane handphone yang canggih manggih, camera digital (since aku tak minat dslr) dan ape-ape la yang sewaktu dengannya". then aku jawab "aah la kak. aku kan memang suka gadjet-gadjet ni. boleh la mintak skali ipod baru". lepas tu terus kitorang gelak-gelak sambil diorang masih ejek aku sebagai low maintenance. eh???

burger

makan burger daging yang dimasak sendiri ialah sangat nikmat. sebab boleh letak banyak-banyak mayonase.

adui, abes diet aku tu..

tapi, boleh tak jadi ganti dinner semalam sebab semalam aku terlupa nak makan dinner. by the time pukul 10pm baru sedar..

eleh, nak backup diri sendiri la tu.

Wednesday, June 8, 2011

kaki

semalam ialah hari patah kaki sedunia. untuk aku lah of course. kenapa? sebab dari pagi sampai tengah hari, aku dengan officemate yang lain, architect, site supervisor dan main contractor ialah buat building inspection kat bangunan baru, yang bakal jadi main building untuk school aku. ada 4 floors semuanya, ada berapa puluh bilik + studios + CAD labs + equipment labs + bilik lecturers, etc. serius berapa jam daaaaa kitorang spend masa telek satu-satu bilik setiap bucu segala bagai. sampai lah ke tengah hari.

adegan budak kelaparan + kaki nak tercabut
by the way, kitorang panggil bangunan baru ni Tadika sebab dia warna warni dan ada lukisan bagai. serius menarik. sapa datang ikram nanti, jangan salah anggap pulak ingatkan ikram ni ada internal tadika. hehehe..

settle building inspection, semua furnitures dan barang-barang studio segala pon dibawa masuk. masa ni dah takyah cek dah sebab dah ada orang yang cek. so kami pon decide nak pergi lunch sebab masing-masing muka dah berkerut menahan jus gastrik yang dah naik ke ulu hati tersebut.

masa tu, salah sorang officemate hantar text kat aku, minta aku ganti dia invigilate exam petang tu sebab dia demam. mula-mula dia nak ambil half day aje dan datang kerje petang, tapi tak larat sangat dia kata. so aku pon setuju aje since petang tu takde meeting or appointment dengan student or boss.

lepas lunch terus bergegas ke dewan exam, multipurpose hall (MPH). masuk aje hall, tengok-tengok semua kertas dah siap susun. so sempat lah duduk kejap borak-borak dengan member-member lain. cukup time, baru kasi student masuk hall. penuh hall tu.

bila exam start, kene kutip attendance slip pulak. sambil kutip tu kene check matric card diorang untuk make sure muka sama dengan yang tukang ambil exam dan exam slip diorang sama dengan paper yang diorang ambil masa tu. then aku minta kebenaran nak keluar sekejap dari chief of invigilators untuk solat zuhur. settle semua, masuk balik dalam hall dan tolong chief invigilators untuk tanda attendance di attendace sheet.

sebab hall tu besar dan student ramai gila, bila student tu siap jawab paper, diorang akan keluar dari hall. so kami (invigilators) kene kutip paper diorang yang dah siap tu. then susun ikut subject.

habis semua paper, kami kene kira paper tu cukup ke tak ikut attendance dan ikut subject. tiba-tiba, ada 2 paper yang tak cukup ikut attendance. cari punya cari, habis semua subject lain punya envelope pon kami buka. tiba-tiba, ada sorang member yang terperasan ada satu paper dah dikutip dari atas meja. hapeeee daaaaa... tapi, still ada satu subject yang tak cukup paper lagi. check lagi satu-satu attendance slip dengan senarai attendance. then terjumpa satu attendance slip yang terlebih. aku terperasan yang attendance slip tu bukan untuk subject yang terlebih paper tu. so cari balik paper tu, jumpa. settle semua.

exam habis pukul 5.30. biasanya by 5.45pm dah settle kerje semua boleh balik. tapi, sebab adegan tersalah-salah susun tu, pukul 6.20pm baru kami bersurai.

sampai rumah, kaki dah lenguh tahap dewa. malas nak masak pulak. goreng nugget aje. layan nora elena then gemilang (ulang tayang). masa nak tidur layan innocent steps sambil tertidur baca journal. ngeh ngeh ngeh.

dah tua!!!

tahniah kepada diriku kerna tertinggal mobile phone di rumah. apekah???

sudah start menjadi pelupa kah?

Sunday, June 5, 2011

jelajah malaya : melaka - 3 - makan

salah satu tempat yang izzat bawak aku pergi makan ialah kedai mak cik garang di alor gajah. kenapa panggil mak cik garang? sebab mak cik tu suara dia tegas dan garang. tapi makcik tu baik aje. kuey tiaw goreng dia sedap. lupa pulak nak ambil gambar kedai dan makanannya sebab dah kelaparan. eh.

lepas tu aku belajar makan tom yam cheang mai kat restorang borahan, lendu. sedap rupanya tom yan cheang mai. nanti nak kene carik lah. kat area kajang ni mane nak terkam ye?

of course wajib kami melawat kedai / cafe tiqa di masjid tanah. kebetulan masa aku, izzat dan azu (afficemate izzat) pergi cafe tiqa, cheese cake dia baru siap. pergh. of course kami tak melepaskan peluang nak mentekedarah di situ. muffin, cupcake, tart nenas, etc termasuk bun-bun. semua ada dan sedapppp!

tak sabar kami nak makan cheese cake itu!


tokei kedai - tiqa

lagi tempat lain ialah di area masjib tanah jugak. izzat kata dia dan member-member dia panggil kedai tu Sawit. sebab kat tengah-tengah ladang kelapa sawit. semua jenis makanan ada. dari nasi arab, bakso, satay, sampailah ke rojak, tahu bakar, etc. sedapppp!!!




tak ketinggalan, burger pak cik gigih. eh, ke pak cik cekal ye diorang panggil? sebab pak cik tu dia buat pemberat sendiri untuk tekan daging daging burger tu. pak cik tu cakap, dia letak pemberat tu untuk keluarkan minyak dari dalam daging. serius berat setiap satu pemberat tu. almost 2kg. setiap sekeping daging pakcik tu letak 3 pemberat. serius keluar segala macam minyak. 


smart tau pak cik tu
walaupon aku baru lepas lunch, tapi duk bercerita pasal makan ni membuatkan aku lapar pulak. eh.

jelajah malaya : melaka - 2 - air panas gadek

hoi, lembab betul nak update cerita ceriti melaka ni. maklumlah, buat-buat busy. eh?

anyway, kami gegirl ialah pergi ke air panas gadek, salah satu malam yang aku melepak jalan-jalan di melaka.

by the way, gegirl ialah aku, izzat dan tiqa. izzat sebagai pemandu pelancong yang berjaya menjadi supir sekaligus drive kami ke tempat kejadian. kami dah siap-siap pakai baju nak berendam dalam kolam air panas tu.

izzat

tiqa


kitorang kene bayar sorang RM4. kau nak duduk tak nak balik rumah pon boleh you all. dia bukak 24 jam.

well, gambar-gambar aksi rendaman kami tak ambil pon. of course menghormati privacy semorang yang ada skali kat situ. ada banyak kolam dengan pelbagai tahap kepanasan airnya. kami lepak kat satu kolam yang boleh tahan panas air dia dengan 2 orang budak perempuan lain. aku dengan tiqa dah berkuak-kuak dah berendam sakan. izzat aje yang tak tahan panas. dia duk siram-siram aje.

settle kami puas berendam segala, kami tukar baju dan bersiap nak balik. sebelum tu, kami ronda seluruh tempat tu tengok bende-bende yang menarik. tempat tukar baju dia pon selesa dan bersih.

amek kau!









efek kepada aku, rasa badan sangat fresh.

efek kepada tiqa, kepala sedikit pening.

efek kepada izzat, kelaparannnnnn!


sebelum sampai rumah izzat, kami singgah beli berger kat pakcik tekun. kenapa tekun? nanti ada bukti kenapa.

malas

dah pukl 12.10 tengah hari ni. cuaca masih panas-panas manja. tak terik pon. matahari tak masuk pon rumah. seronoknya. kalau layan tidur best ni. tapi tak boleh. sebab nanti timing tidur lari.

ingat nak keluar jalan-jalan cari pasal. tengok wayang ke. tengok show house sambil berangan nak beli rumah ke. buat lawatan amal ke rumah gembo-gembo ke. tapi malas sungguhhhhhhhhh!!!

maka, ikan sudah dikeluarkan dari freezer. plan nak masak kari ikan pari bersama kembung lemak goreng. kacang botol sebagai ulam. sejenis aje sayur / ulamnye sebab aku sorang aje makan. kalau ada DrNotts, kami bergaduh berdua nak berebut makan ulam bagaikan tak cukup. umat lain tak makan sayur mayur ulam ni.

bila nak masak? kejap lagi lah. lepas habis episode drama korea cinderella stepsisters yang aku tengok kali ke-3 ni. nak bukti? kalau sempat nanti aku snap gambar. kalau takde gambar, maknanya sedap sangat kot lauk yang aku masak. eh?

so, memang malas nak keluar lah harini.

induction

walaupon dah kerja lebih 3 tahun dengan kliuc (salah satu anak syarikat IKRAM), baru sekarang kene pergi induction course. masa aku join dulu, takde pon induction. dia baru wujudkan recently and i think it is a very good program. selain dari kenal staf baru yang join this company, boleh jugak refresh ape-ape info yang patut dan update segala macam regulations yang dah terlupa-lupa tu.

aku sama group dengan sorang geotechnical engineer (fresh grad), sorang QS yang bertugas di ikram HQ, head of accountant IKRAM (ha, big boss you all) dan head of ICT kliuc. mix and match group aku, best betul.


kitorang lantik si geotechnial engineer ni jadi ketua kumpulan sebab dia baru kerja. kasi kerja lebih sikit. hehehe..


tarian zapi kah?





banyak group activities as well as public speaking yang dibuat. lagi best program ni sebab 2-way communication all the way with the trainer. 

trainer

the whole batch

dalam ramai-ramai tu, aku sorang aje staf lama since aku report duty sama dengan diorang masuk kerje. lepas ni diorang nak suruh semua staf lama pergi balik induction. nak panggil refreshing course namanya. so, aku dah takyah pergi. ngeh ngeh ngeh.