Tuesday, May 31, 2011

ngeh ngeh ngeh

bila nak layan nur kasih the movie second round ni...

Monday, May 30, 2011

bolehje

setiap kali lalu exit hospital sungai buloh di highway PLUS, mesti aku teringat satu adegan yang aku rasa kelakar. aku la rasa. orang lain aku tak tau.

satu weekend bila entah, CikguLan ajak aku ziarah nenek sedara yang sedang koma di hospital. dengan confidentnya, CikguLan cakap kat hospital selayang. siap call sepupu CikguLan lagi nak confirmkan wad. kami pon dengan sungguh-sungguh pergi hospital selayang. aku yang asyik lupa jalan kat selayang tu siap call member lagi tanya arah jalan hospital selayang.

siap parking, kami pon naik ke wad. siap tawaf satu wad dan CikguLan call sepupu beliau lagi kata dah sampai. tapi takde bayang pon sedara mara. kami pon tanya kat kaunter jururawat, konfemkan jenis wad. jururawat tu cakap memang betul jenis wad tapi nama pesakit yang kami kasi, memang tak di check in ke wad tu. CikguLan call balik sepupu beliau, konfemkan lagi sekali wad. siap cakap kami kat kaunter jururawat lagi. tiba-tiba, salah sorang jururawat tu suruh kami tanya sepupu CikguLan, hospital mana. dah sepupu CikguLan cakap hospital sungai buloh.

cissssssssssssssssssssssss..

lepas dah gelak-gelak malu dengan jururawat-jururawat tu, kami pon terus pergi hospital sungai buloh. mestilah konfem jumpa sedara mara kat situ.

pergh, jenis wad dah sama. design hospital pon nak dekat sama. nama hospital aje lain. sila make sure double triple check nama hospital kalau nak buat lawatan tapak!

ye, gelak-gelak malu aku tau..

Friday, May 27, 2011

agenda lari-lari

wesak day haritu

agenda utama, meeting bersama rakan-rakan lama.

geng BSM (bulan sabit merah) UiTM yang senior-senior (bukan tua yaa..)

sebab kami ada tubuhkan satu kelab untuk mudah beraktiviti..


sambil-sambil tu, borak-ngumpat-bergambar sekali..

midah & syawal

belakang sekali - midah & izzat, tengah-tengah - tiqa & aku, depan sekali - kak zuri & kak ejan

syawal - presiden KEWASA lagi 20 tahun


settle meeting semua dan bergambar official untuk dihantar ke ROS (registry of siciety), kami yang sememangnya memanjang lapar terus ke plaza alam sentra shah alam.

makan ani sup utara!!!

tempat yang selaluuuuu kitorang pergi makan masa zaman kegemilangan dolu-dolu..



lepas kekenyangan, masing-masing pulang sambil borak-borak lagi kenangan lama..

Thursday, May 26, 2011

sakit pinggang

semalam settle jahit butang ketip in between butang baju biasa kat kemeja-kemeja yang sebeban tu. sebab gua malas nak letak keronsang segala bagai. malas pulak nak hantar kat tailor gua. nanti konfem kene gelak sebab hantar baju suruh jahitkan butang ketip.

kiwi kasut? sapa nak tolong?

tajuk ialah akibat dari kerje-kerje itu.

adoila..

nampak sangat aku suka duk tengok cerita drama melayu sekarang. nora elena dengan sahara pon aku layan.

suka!


terima kasih DrHanie

Wednesday, May 25, 2011

kafe putih kecil

translated from "Little White Cafe". Situated in Bandar Baru Baru, behind the rows of Ani Sup Utara, which is opposite the Green Masjid of Bandar Baru Bangi at Section 8. 

we went there yesterday afternoon. the weather was too hot to resist the comfortable tables and chairs of the cafe as well as the air-conditioned space.

the deco was based on English style (England daaa). even the waiter and waitress are speaking english.

the best past is, the cafe's owner is a Malay women. well done Faizah Zainal.

carrot cake

red velvet that is so hard to resist!!!
will definitely go there again.

Tuesday, May 24, 2011

jelajah malaya : melaka - 1 - istana melaka

saje jalan-jalan ke melaka melawat izzat. lepak duk rumah dia dan dia bawak jalan-jalan makan-makan merata-rata. first day kami pergi ke muzium melaka sebab pagi tu baca kat surat khabar, free masuk muzium melaka sebab ape entah. so terus shoot ke bandar melaka, parking di dataran pahlawan. kami pilih nak ke istana kesultanan melaka.

tapi, sebelum berpanasan kat muzium tu, kami naik tingkat 5 dataran pahlawan dulu beli teket wayang nak tengok nur kasih the movie. aku sebagai die hard drama nur kasih memang tak sabar-sabar nak tengok.

lepas dah menyediakan mental dan fizikal, kami keluar dari dataran pahlawan dan jalan ke muzium. sah, free masuk hari tu.




banyak jenis muzium kat melaka ni rupanya! aku baru masuk berapa aje.

boleh la feeling-feeling kahwin dengan anak raja kejap

taman larangan you all!!!

cuba imagine zaman dolu-dolu anak raja main kat taman larangan ni dengan dayang-dayang..
sila ikut peraturan nak masuk istana itu yar. bukak kasut tu dan susun kat rak..


kalau tak nampak ni tak tau la

bajet vogue kah?



ha, text sapa tu?

nyanyi lagu adabi

buai tokleh hayun sebab dah ada kayu belakang tu jadi penghalang

main cas tiang dengan sapa?


landmark wajib kene ambil gambar kalau pergi melaka

lepas tu laju-laju jalan masuk balik dataran pahlawan. panas gila hokey. kenapa entah la yang kitorang nak pergi jalan-jalan masa tengah hari buta.

then, beli sweet potatoe sebagai alas perut sebelum nak pergi carik lunch.



ape citer lain pasal jalan-jalan ke melaka?

sapa kawen?

eh, jap. sekarang ni musim kawen mawen kah? saya pon tak sure. tapi dapat jemputan, maka marilah kita pergi makan nasi minyak!

yang kahwin ni, kawan perempuan saya. ezrin namanya.

kawan sama-sama maahad dulu..

kami geng pergi kenduri kahwin kawan-kawan.

majlis dia buat jumaat malam lepas. 

sampai aje di rumah ezrin, terus terjumpa kawan maahad yang lain.

saufi & fahmi - pernah sekelas dengan diorang dulu.

saufi jadi MC of the night. fahmi pulak incharge PA system. ha, sape nak sewa PA system dan perkhidmatan MC, boleh cari diorang.

aku pergi dengan izzat. lepas jumpa borak dengan saufi & fahmi, kami terus naik ke rumah dan ke bilik pengantin. sementara tunggu pengantin make up, kami bergambar perasan sendiri dulu. lepas tu wan faizureen (kawan maahad jugak) pon sampai dengan anak dia. kami borak bergambar lagi..

sibuk saya nak pegang hand bouquet masa nak bergambar dengan wan faizureen & anaknya

izzat pon join ambil gambar syok sendiri

ni la calon bakal dikapit oleh saya bulan 9 nanti.

lepas pengantin dah siap make up dan bersiap semua, barulah kami iring pengantin turun untuk bertemu dengan suami dia. 

congratulations ezrin!




lepas makan dan bersalaman dengan mak pengantin, kami balik ke rumah masing-masing dengan perut yang penuh. mwahaha..

bila dah on the way balik rumah, baru perasan yang tak ambil gambar pon diri sendiri. pengantin cakap kene pakai konsep arabian night. tapi jubah ni aje yang terjumpa kat rumah. maka, inilah dia... blasah konsepnya..

Monday, May 23, 2011

sikit sikit aje rajinnyer tu..

ha, makan saja!!! kalau time rajin, jadi camni...

kari sotong + ayam goreng + kailan ikan masin

kalau tak rajin, toast aje. eh...

oh, ya. saya kalau makan lauk kari, memang berlautlah kuahnya. tapi takde darah keturunan india pon. cina aje..

hari jadi ke hari lahir???

cop.. selalu kalau kita nyanyi lagu birthday dalam Malay, kita akan nyanyi:

Selamat hari jadi... selamat hari jadi..

tapi, kalau direct translation, birthday ialah hari lahir kan..

tapi lagi, sila imagine nyanyi lagu birthday camni:

Selamat hari lahir.. selamat hari lahir..


erm erm erm, agak weird bunyinya di situ..


by the way, hari ni ialah hari lahir Manje. maka, kami pergi makan satay kat restoran Yus Section 4 tambahan bandar baru bangi.

budak mengada gembo



apesal sabariah ni sangat serius?




suruh gembo buat peace

cuba lagi

takpelah, maklong aje la yang buat











lepas tiup-tiup lilin, kami makan satay ler, ape lagi.. borak-borak dan dera gembo lagi. mwahaha..

lepas tu makan kek pulak. lepas tu balik. sebab manje dan makan 30 cucuk satay. padahal umur dia 19 aje. hahaha