Wednesday, January 27, 2010

comelnya!

sesi puji diri sendiri : comelnya aliaa!


ni masa umur 2 tahun.. ms ni ktorang duk kat rumah warden asrama kat maahad tuh.. diorang ni ler member2 aku.. geng main bunga api, kejar2, buli, etc.. skrang diorang suma dah 40++ dah rasanya..

KB 17 - 19 dec 2009

sungguh busy sekali sampai tak sempat update blog.. tengok tarikh pon bulan 12 punya event.. maka, berpergianlah daku ke kelantan bersama bonda ku.. bonda ku ini ialah lepak sahaja di hotel dan menonton citer korea + jepun + taiwan.. ya, masih die hard fan sehingga kini..

tujuan pegi KB, sebab dah lama tak pergi kelantan.. dulu aku ada pernah cakap kat member yang asal dari kelantan "aku rasa, kalo aku g kelantan, mcm balik kampung weih.. seronok gila".. eh jap.. entah2 nanti aku nak kwen dgn orang kelantan kot.. hahahaaaaaaa..

salah satu tujuan, adalah menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kawan baik di UPM, raja rusdy irwan dengan amira (wife beliau).. utk majlis akad nikah, aku tolong jadi photographer.. utk majlis bersanding, die ada upah orang lain.. so aku jadi photographer masa akad nikah tu, kira adiah kawin la ek.. boleh ke rusdy?

acara wajib waktu malam2 adalah jalan2 di wakaf che yeh.. layan weh.. utk penggemar shopping mcm aku ni, mmg best.. suma bende aku nak try.. ketupat palas pon dapat free brader tukang jual tu kasi.. alhamdulillah..

sedap yu all! memang layan gila.. kan aku dah kata, pegi kelantan, macam balik kampung weh..
oh, ya.. driver rasmi + pemandu pelancong (yang tak tau pot mana yang sedap2 utk makan) adalah akma.. member aku ni mmg best.. bawak aku merata2.. jalan2 shopping dgn aku sampai terduduk la die.. haha.. kan aku dah cakap, aku ni kalo shopping, boleh dari pagi (tolong tokei kedai buka kedai) sampai kne halau dari kedai sebab tokei nak tutup kedai.. you are the best akma!

oleh kerana bondaku begitu mengenjoykan diri beliau menonton citer korea + jepun + taiwan, maka bonda ku itu tidak menghiraukan penceritaan daku tentang bestnya jalan2 + shopping2.. cissss..


dua pagi berturut2 kami semua bersarapan di Kemaman Kopitiam.. sungguh seronok bersarapan di kala hujan gerimis sambil makan baked beans + egg on toast.. oh ya, kami makan dengan banyak ya..





malam last di KB, sesi packing bermula.. ha, kan dah tak muat beg.. shopping lagi banyak2.. so aku terpaksa meroger akma utk mintak tolong die dapatkan kotak utk isi barang2.. memang kelakar beb!

masa kat KB, kitorang makan laksa utara + laksam di rumah makcik akma, dan nasi dagang paling best dalam dunia kat rumah nenek akma.. so, sungguh tidak sesuai utk berdiet ketika berkunjung ke kelantan sebab sangat rugi jika tidak merasai (read: makan dengan banyak) masakan orang kelantan yang sanaggaaaatttttttt sodap!

akma hantar kami ke airport utk pulang ke KL.. lepas cek in bag, baru la lega.. takde barang yang tak lepas.. takut jugak tak lepas sebab slumber aje bawak balik akok letak dalam luggage utk letak dalam kargo.. mwahahhaaaa

huh, hand luggage pon sekian banyak .. memang kelakar ok! aku bajet tanak shopping banyak2.. nak tengok2 aje.. tapi, dari tengok2, jadi try2.. dari try2 jadi tawar menawar harga.. dari tawar menawar, terus rembat masuk supik (read: plastik).. mwahahahaa

nasibla beg ni sangat tahan lasak.. merata dah aku bawak, macam2 dah aku sumbat.. tapi masih berjasa sampai skrang.. since 2004 aku pakai.. mmg best.. samsonite, beli mahal.. bleh pakai lama gila!
teman di kala bosan, psp utk tengok video clip lagu korea n main sudoku!.. haha.. itu bunga telur dapat kat wedding rusdy.. jam tu bukan hadiah ye.. dan jugak bukan utk di give away..
beg laptop, dengan penuh barang2 + citer korea + wayar2 + hard disc + etc.. jawabbbbbb


bila nak pergi lagi? kne kumpul duit dulu.. this time kalo nak pegi, walaupon tak bajet nak shopping, kne bawak jugak beg besar.. mane tau, tershopping banyak kan? hahaha

Friday, January 22, 2010

dihatiku, dihatimu jua

lama tak posing2 kat sini.. kali terakhir? konvo kawan2 rasanya.. aktiviti di sini? demo menyelamat rasanya.. bila tu? lama sudah rasanya..

pictures was taken by doc_A photography.. memang kelasss yu all!



aksi lompat adalah gambar wajib..




p/s: mula la aku nak tengok balik gambar2 lama masa masih menuntut kat sini..