Wednesday, September 2, 2015

slow-slow masak, akhirnya dapat makan

Aku ada post kat IG yang aku masak dan makan burger daging + telur. Masa tu baru balik dari beli barang dapur sikit kat Giant Nilai. Top up yang penting-penting aje. Nak beli banyak-banyak macamkan masak. Padahal selalu pergi makan rumah mother. LOL.

Wokeh. Aku pakai non stick pan. Potong dua roti burger tu. Sapu margerine sket, letak atas pan.
Bila dah garing cam gambar kat bawah ni, angkat letak atas pinggan. Sapu mayonnaise sikit kat roti top.


Pastu dalam pan yang sama, masukkan daging burger. Aku pakai ramlee burger. Dulu kini dan selamanya ramlee. Takyah letak margerine or minyak tau. Minyak dari daging tu akan keluar sendiri. Masak sampai daging warna gelak dan isinya masak. Then angkat letak atas roti base.


Akan ada minyak dari daging tadi kan, guna minyak tu aje goreng telur. Lepas telur masak, tepek telur atas daging tadi. Letak cili sos sebanyak mana nak.


Siappppp!!!


Sesuai dimakan ketika menaip thesis. Eh?

4 comments:

sweet tooth said...

serius...lama dah x makan burger sempoi cenggini...

Ainihalim said...

Wahhh terliur la plakkk

aliaaroslan said...

@sweet tooth sedap, makan sampai licin. hehehe

aliaaroslan said...

@Ainihalim masak camni simple lagi sedap :)