Aku seperti biasa, masak haruslah terpaling simple. Aku buat speghetti aglio olio dan pasta goreng aje.
Hanah bawak set nasi minyak dan ayam masak merah with acar timun...
Boss kitorang ialah vegetarian dan ada jugak student kami yang vegan. So aku serahkan bab vegetarian kepada beliau. Dia bawa apom (dalam polisterine) with kuah dal (dalam plastu bungkus tu) dan mee goreng sayur (dalam polisterine jugak).
Kami ada students dari Maldives. Diorang bawa pulut manis dan spicy tuna. Makanan tradisional dari sana katanya.
Taufiq bawak dan potong buah tembikai. Ada juga kuih raya dan kuih masalodeh dan kuih ape nama tu tak ingat...
Kebetulan birthday salah sorang student. So student2 ni dah pakat2 nak celebrate. Tapi dah aku cakap, acara baling tepung dan telur tak boleh buat dalam ni, sila buat kat luar bangunan. hahaha...
Lepas dah makan-makan, seperti biasa acara ambil gambar. Kitorang ada 4 orang aje student perempuan. Sorang pulak tak dapat join, tinggal 3 orang. Yang mana saya? hahahaha muka bersepah kot kat blog. takyah teka teruk-teruk pon...
girls of surveyors |
kiri dan tengah tu students dari Maldives. siap pinjam baju melayu diorang tu |
Kalau bab makan-makan, memang senang lah suruh budak-budak ni. Nanti kita organize lagi ok! Diorang ni ada yang final semester dah. So sebelum you all habis, jom barbecue!
0 comments:
Post a Comment