Keluar rumah pagi tadi, dah target nak beli nasi lemak untuk breakfast.
Tapi dah tau dan boleh agak, konfem takde gerai yang bukak.
Keluar dari area rumah, sah takde orang jual nasi lemak. Itu pon aku tak perasan kedai mamak Syedlina ataupon Thaqwa bukak ke tidak.
Sampai di faculty, ada 4 biji kereta aje termasuk kereta aku. Sapa lah yang sama naik gila macam aku yang kerja di hari yang majority orang ialah cuti.
Lepas thumb print, pergi breakfast. Lepas tu masuk office.
Godek sana godek sini, sedar sedar dah pukul 1 tengah hari. Faculty aku ni sebelah masjid. Biasanya kalau hari jumaat, mesti parking dah penuh by this time, tapi nampak bertenang aje harini suasana tak pack. Mungkin kejap-kejap lagi.
Esok kawan-kawan sekolah nak datang rumah makan-makan. Mother nak buatkan kuah lodeh. Aku tinggal bancuh kuah kacang instant, siapkan sandwich, air dan buah.
Lepas office nanti kena singgah mana-mana lah nak beli barang.
Semalam aku cakap kat mother, minat baru aku ni macam pakai banyak duit. Maklumlah diving suite seketul harganya lebih kurang RM500. Haritu aje aku beli mask, snorkle dan fin pon dah RM280. Nasib baik next diving trip jauh lagi. Sapa-sapa minat nak follow, roger i ols ok.
Salam hujung minggu dari aku yang masih underwater lagi.
0 comments:
Post a Comment