Wednesday, August 27, 2014

Selera kemain lagi walaupun...

Dari malam semalam rasa tekak tak best. Pagi ni pakej dengan bersin dan selsema.  Namun makan tetap makan. 

Tadi keluar lunch dengan mother. Sebelum tu singgah jumpa Tracy the tailor. Ambil baju mother. Mother ialah tempah baju kurung sebab ada meeting persatuan permata this Friday. Kain pun ajk permata yang beli. Limited edition mother berbaju kurung ni. 

Then kami ke limau nipis di Bangi. Kalau pergi sana aku konfem ambil keli bakor dan mother konfem ambil pari bakor. Punyalah sedap sampai licin semua. Actually aku ambil jugak kacang botol dan sambal mangga untuk ulam, dan telur itik masak lemak cili api. Kesedapan berganda you all. 

Balik office, kunyah-kunyah seaweed goreng yang beli kat entreneurship week semalam. Gambar seperti di bawah. Sedap kemain. Lepas tu pegi meeting.



Balik rumah je rasa nak makan lagi. Selera perut tak padan dengan tekak rasa berpasir dan hidung tekak semua panas. Terus mandi basah kepala dengan harapan panas berkurangan. Namun selera nak makan masih tinggi. Ajak mother keluar lepas maghrib. Camne kau nak kurus aliaa kalau kerjenye asyik makan je. 

Then kami ke foodcourt tesco Nilai. Ada ani sup utara express kat situ. Aku malan bubur sup ayam. Pastu habiskan sup ekor mother. Kau tengok la selera gaya mana aku ni. 

Sekarang tersandar separa baring sebab kenyang, dan sambil tengok aje treadmill dengan takde perasaan nak lari atas tu. 

3 comments:

SueGinola said...

Selera kita macam sama jek...walaupun badan tak sihat tapi tekak dengan perut tetap selera je nak makan...hahaha...

tiga lalat said...

Salam. Hee kena buat checkup selalu begitu manalah tahu tahap kolesterol dan gula-gula sudah meningkat maju.

HaziziYusof said...

ASSALAM..
WAHH..!! NICE BLOG .MEMANG MENARIK..
KELAPANGAN NANTI SINGGAH KE BLOG KAMI..MURAH...MURAH...MURAH..

http://izzium2u.blogspot.com/