Thursday, August 14, 2014

Lagu kah?

Sambil siapkan soalan final exam, sambil dengar radio online. Tiba-tiba lagu Sejati yang Wings nyanyikan, on air. Pergh, seriously memang menggamit memori.

Kalau tak salah, lagi ni tahun 1991. Cemana aku boleh ingat? Sebab time lagu ni keluar, aku darjah 1, tahun 1991. Lagu ni memang kegilaan ramai, siap hafal lirik dia tau tak? Bila pergi rombongan sekolah, naik bas dan dalam bas ada lagu ni, satu bas nyanyi sama-sama. Cool habis.

Sekali kau, tak lama lepas tu KRU pun keluar. Itu lagi lah jadi kegilaan. Dahla budak-budak handsome, diorang sekolah kat England pulak tu. Well, zaman tu kan bagi aku, England paling grand habis. Ape la aku ni. Tapi lagu Juliana Banos dengan Indigo - andai kau pergi, pon aku hafal jugal.

Macam-macam.

Ok dah. Nak sambung siapkan soalan final exam. Baek punya soalan aku kasi kali ni.


2 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee 1990 saya latihan bekerja di Jepun, ada kawan2 dari Indonesia juga bila jalan2 dalam van kami akan nyanyi lagu Sejati ini sama2. Good ol' days bukan. Tapi saya tidaklah pandai bernyanyi. Saya bersenyum saja.

aliaaroslan said...

@tiga lalat nyanyi dalam hati pon ok jugak. sejati memang lagu kick wings lah bagi saya.