Sabtu lepas kiranya raya round ke-2 untuk aku. Initially ada 1 plan sahaja. Tapi diakhiri dengan hari yang penuh.
SATU.
Pagi-pagi, aku pergi ziarah ke rumah kawan lama. Ibunya kembali ke rahmatullah Jumaat malam. Aku pergi ziarah tak lama, sebabnya tak nak ganggu keadaan dan kawan aku pun mesti busy banyak yang perlu diuruskan. Aku kenal Intan dari kami di darjah 1. Ibunya dah sakit lama dan dah duduk di IJN 4 bulan lebih. Semua ahli keluarga ada bersama. Takziah untuk Intan dan keluarga. Al-fatihah.
DUA.
Inilah asal untuk hari Sabtu haritu. Tengok movie TMNT dengan mother, Widad dan Alim. Macam yang aku tulis kat instagram, TMNT ni adalah movie yang wajib tengok untuk aku. Sebab ada sentimental value kat situ. TMNT ni ialah movie pertama yang parents aku bawak aku tonton kat panggung wayang. Yang aku ingat, panggung tu kat KL. Aku tak sure panggung yang mana. Tapi more than 20 years ago, mana ada banyak sangat panggung kat KL kan. So kalau tengok wayang tu kira dah best habis tu, kalan tengok Frozen 15 kali tau. Time tu ada aku, Aiman dan Maisarah, together dengan cousins kitorang. Tak ingat jugak dengan siapa. Rasa hebat habis dah time tu. Siap mother ialah duduk dan pangku Maisarah time tu.
Kali ni punya movie, dengan garapan (amboi, perkataannnnn) Michael Bay, memang lain dah yang lain dan best! Light movie, funny yet ada serious, siap history semua lengkap. Dan on top of all, Megan Fox ialah cantik sangat! She looks mature and memang heroin yang tepat.
TIGA.
Habis movie, mother balik rumah. Aku angkut Alim dan Widad pergi hadir jemputan open house x-classmate di UPM dulu, Kak Nik Mazreen. Rumah dia di Puchong, opposite IOI mall tu. Nasi dagang sedap dan laksa pon sedap. Makan best, sempat borak-borak dengan Kak Nik sebab kebetulan masa tu tak ramai tetamu. Thanks Kak Nik for the invitation
EMPAT.
Dari Puchong kami zass ke Kajang. Alhamdulillah tak terperangkap dapat traffic jem. Kat Kajang kami ke open house Kak Naimah, officemate di IUKL. Aku makan nasi kerabu dan pulut + kuah durian. Perghhh. Sedap dah tentu. Terserempat sekali jumpa dengan Kak Faiza and family, dan Kak Ifa.
Kak Naimah, puan rumah yang gambar bawah kiri, tudung Fareeda pink. |
LIMA.
Kami sampai rumah waktu maghrib. Just nice timing. Aku pun mandi dan rehat-rehat kejap. Lepas Isya' aku bersiap dah menuju ke KL. Aku dah book untuk volunteer distribute makanan under Kechara Soup Kitchen. Ini second time aku join dan aku dapat route yang sama, area Dang Wangi. Seen familiar faces (homeless and urban poor people) as well as new people. This time dapat team dengan team leader yang dah lama jadi volunteer, 2 officemates yang previously dah volunteer juga, dan a group of youngsters and students (early 20s) from PJ. Kami settle distribute makanan dan register beberapa case dalam rekod untuk further action at about 2.30am (Sunday). Moga kami istiqamah bantu mana yang boleh. On the way balik tu kami singgah makan minum dulu sebab lapar, walaupun takdelah kerja keras pun. Sebab hunting for these people is an interesting experience actually.
Alhamdulillah!!!
0 comments:
Post a Comment