Wednesday, August 20, 2014

Acara masak

Balik dari office, terus ke rumah mother. Dah janji nak masak since harini last day mother puasa. Usually menu akan bertukar dari pagi, sampailah aku dah ada di dapur mother. 

So harini masak sayur kobis panjang yang cina punya tu. Semai haritu dia pergi Cameron Highland. Kemain banyak sayur dia beli bagaikan ada 55 orang dalam rumah mother tu. So potong halus-halus sayur kobis tu, then potong fishball, then potong asparagus. Panaskan kuali, letak olive oil. Then masukkan asparagus dulu. Goreng sikit, then masukkan fishball. Goreng lagi, masukkan kobis tu. Letak garam untuk perasa then tadaaa siap. Tapi supposedly  aku kena potong halus lagi kobis tu. Ok, note untuk next time. 

Lepas tu aku goreng pisang tanduk. Tepung goreng dia aku buat yang simple je. Kalau untuk 6 biji pisang tanduk, aku letak 5 sudu besar tepung beras, 2 sudu besar tepung gandum, secubit kunyit (pewarna), secubit garam, sebiji telur, air 5 sudu besar or adjust sampai kepekatan mengikut citarasa diri sendiri. Gaul suma then potong pisang. Celup dan goreng dalam minyak yg panas dan terendam. 

Lepas makan teman mother berbuka, relex kejap then balik rumah. Gedebuk gedebak siap roti 2 buku panjang egg mayo sandwich. Call alim suruh dia datang ambil. 

Settle acara masak untuk hari ini. 

Gambar takde sebab lupa snap. 

2 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee gambar tidak penting. Masak untuk emak berbuka puasa itu lagi penting.

aliaaroslan said...

@tiga lalat alhamdulillah masih diberi kesempatan...