Takdelah dambaan semua orang pun. Dambaan dan request dari mother, so sabtu lepas aku pun goreng. Itu pon terlewat bangun. Maaf guwe mother.
Oleh kerana alim ialah tak makan sayur tapi aku dan mother ialah hantu sayur, this time aku just steam je carrot, broccoli and cauliflower. Steam dalam microwave je you all.
Masa nak pindah duk sendiri, aku pon list down ape barang-barang elektrik yang nak kena beli. Paling atas sekali dalam list ialah microwave dan iron. Aku tak boleh hidup kalau microwave takde. Macam-macam aku boleh buat dengan microwave. Masak dan panaskan air, panaskan makanan, masak jacket potato dalam masa 20 minit, masak nasi, dan steam sayur. Goreng keropok je aku tak penah try. Aku pernah baca kat blog kak lemongrass dia goreng / masak keropok goreng pakai microwave. Nanti aku nak try lah. End up, mother kasi hadiah microwave dan iron. Ngeh ngeh ngeh, mari perasan sebagai anak kesayangan.
Saje aku goreng sebungkus meehoon tu. Perencah simple je scrumbled egg dan fishball. Cong ceng cong ceng siap. Kasi pedas manis mantop!
2 comments:
lapar terus tgk mihun goreng .
@attyfir balik ni kena goreng lah kakty... hehe
Post a Comment