Wednesday, February 19, 2014

ilmu kena ada beb...

pernah tak, duk borak-borak dengan kawan-kawan, tiba-tiba orang tanya...

"anak ko dah berapa orang?"...

ha, pernah tak? pernah tak? mestilah pernah. aku pon memang dah beberapa kali disoal macam tu.

jawapan, of course kena jujur. ewahhh.

"saya belum kahwin lagi...".

ok, itu memang beberapa kali terjadi. aku tak feel offended pun.

tapi, harini punya incident paling best. aku dapat soalan itu. dan aku kasi jawapan itu. tapi, tak sangka pulak member balas balik camni...

"laaaa mati-mati saya ingat awak dah ada anak. yelah sebab awak tau banyak pasal anak-anak. dari baby sampai besar..."

tiba-tiba nak membangga diri pulak dah aku ni. oppss.. astaghfirullahalazim. keep yourself to the ground, Aliaa!

ilmu kena ada beb. bukan mesti sebab kita dalam situasi tertentu baru nak cari / belajar ilmu. Nabi pun suruh menuntut ilmu sampai negeri China kan. Ok, aku tak sampai lagi China. Abistu, sebab aku dalam bidang geomatic engineering, aku tak perlu baca Shakespeare dan tak boleh suka pergi muzium or minat sejarah? kenot like dattttt.

so, jangan rasa takut nak buat benda yang di luar bidang. semua tu bagus, ilmu dan pengalaman berkembang. jangan rasa sebab tak kahwin lagi, tak perlu belajar / tau pasal kekeluargaan or membesarkan anak-anak kecil.

kalau tau lagi bagus, senang nak buli anak-anak buah nanti. opocot!

3 comments:

tasekM said...

akak ni anak dh besar.
jgn la ada org mintak tolong jaga baby ke apa...
takut terpicit.

haha.


.

NEKCIK said...

Ilmu yang berguna itu makes you a wiser person...nekcik dulu masa habis tingkatan 5 pun dah carik ilmu rumahtangga..bukannya carik buku buku biru tu...yang biasa biasa jer!!

Wak Gelas said...

tetibe teringat ade kawan wak bilang, 'buat anak tu sonok, yg X sonoknye nak jaga anak2 ituuuu'.. uhHUUuuu