Wednesday, February 12, 2014

ke dapur kita

Pagi yang tak pagi sangat ni aku baca kat blog kak filla pasal cerita cerita mak dia masa dia kecik dan muda remaja kat dapur. Aku pon duk recall seawal bila aku dah start masuk dapur dan tolong mother memasak. Tak kira lah kan tolong tengok ke, tolong sambil makan-makan ke kan. hehehe...

Aku rasa-rasa lah kan, dari aku umur 5 tahun lah kot. Of cos masa tu ialah tolong menyibuk. Mother nak kupas bawang, aku pon nak kupas bawang. Duk tumbuk bawang sampai pedih mata, aku pon sibuk nak menumbuk bawang. Sangat menyibuk kan. Nape awal sangat aku start tolong menolong kat dapur tu? haaaa jangan tak tau you all.. I all ni, masuk darjah 1 selama 3 tahun. Start umur 5 dan 6 tahun aku dah tumpang kelas darjah 1 kat sekolah mother mengajar tu. Kiranya matang cepat lah kekonon. Eleh, padahal sampai sekarang kalau tengok doraemon masih feeling-feeling nak gadjet yang sama jugak. hahaha..

Then duk belajar-belajar goreng telur. Kalau goreng telur mata, kan minyak dia meletup-letup kan. tapi tabahhhh takde pon komplen. Sebab nak nampak hebat di situ. Tapi sebab tak tahan asyik kena minyak je, maklumlah teknik tak pandai lagi kan, so aku trick mother cakap kalau masak telur dadar lagi cepat. Padahalllllllll kalau telur dadar kan dia takde letup-letup minyak sebab pakai minyak sikit je. Kwang kwang kwang...

Tapi, bab siang menyiang ikan or ayam, memang aku tak pernah buat. Aku tolong tengok je. Sebab bak kata mother, kalau aku buat, nanti kerja tu jadi lagi lambat. Maklumlah, OCD kan. Kalau tertinggal 1 step, kena repeat balik. So jadinya kerja tu akan jadi lambat. Bila dah besar-besar ni barulah belajar. Itupon, sampai sekarang, kalau mother nampak je ayam kat singki tu sebelum aku sempat masak, memang mother le basuh dulu. dasar betul.

So harini lepas balik kerja, itupun kalau balik on time lah tapi, akan pergi lah singgah ke rumah mother. nak collect sambal kentan katanya. ngeh ngeh ngeh... slumber kan.

ape tu orang cakap? masakan ibu paling sedap? memang. *hint nak mintak lagi*

4 comments:

Wak Gelas said...

wak pon nk trylar masakan mak tuuu.,ehHHeee

Huda Ramlee said...

masakan pertama aku is ikan tongkol masak pindang/ singgang umur 8 tahun masa tu. sampai lunyai ikan tongkol tu aku kerjakan dalam periuk..hahaha..
zaman kecik-kecik hebat bereksperimen. main pondok-pondok pun siap masak nasi goreng betul. habis kuali sudip mak aku kena rembat. sekarang, pemalas tak tau level berapa..

aliaaroslan said...

@Wak Gelas kena tunggu open haus atau raya, Wak.

aliaaroslan said...

@Huda Ramlee masak kecik, benda2 tu kita baru belajar nak buat. rasa eksaited tu terlebih-lebih.

sekarang, dah tau buat. tapi, tau jugak yang kat kedai pon ada jual. kan kan...

aku pon jarang-jarang masak gak. bila ada request or datang mood baek punya, barulah semangat...