Tuesday, July 16, 2013

tersalah daftar course di private higher institution

actually aku baru balik dari berjumpa2an atau dengan kata lain bergosipan dengan kawan-kawan UiTM. lebih tepat kawan-kawan PBSM dolu-dolu. sambil duk sembang pasal life masing-masing, salah sorang member tu cerita yang ada saudara / sepupu dia tersalah daftar course di salah satu private higher institution.

tersalah daftar course ni lebih kepada dia terdaftar course yang tidak diiktiraf oleh MQA.

senang je nak pastikan atau check yang course yang bakal diambil atau sedang diambil tu adalah diiktiraf oleh MQA atau tak. just pergi ke website MQA dan cari course vs. IPT (institusi pengajian tinggi). semua course yang dipaparkan di website MQA tu adalah yang sudah diiktiraf oleh MQA. tak kiralah sama ada PA (provisional accreditation - akreditasi sementara) ataupun A (accredited - berakreditasi). amek kau, terus terkeluar bahasa-bahasa yang pada satu masa dulu aku tak ambil tahu pon. so, kalau status program vs. IPT tu PA ataupon A, maksudnya program tu telah mendapat pengiktirafan. cuma, sementara dan penuh sahaja.

kenapa ada akreditasi penuh dan akreditasi sementara?

sebabnya, setiap program yang baru di luluskan / diakreditasi, statusnya adalah PA. untuk satu-satu program tu dapat akreditasi penuh, kena ada 1 cycle / 1 pusingan penuh pelajar (pelajar belajar dari semester pertama sehingga semester akhir), barulah boleh mohon untuk akreditasi penuh. meaning MQA nak make sure program tu berjalan, baru boleh bagi kelulusan penuh.

so dalam case sepupu member aku ni, masalah dia ialah dia daftar melalui agent. agent-agent ni memang banyak je dan tugas diorang ialah untuk mencari pelajar dan pelajar yang berpotensi untuk mendaftar dan belajar di satu-satu IPT tu, especially private IPT. budak ni dah register melalui agent, nama pon dah masuk dalam sistem, dah pergi kelas pon. tiba-tiba, baru dia dapat tau yang course yang dia ambil tu tak diiktiraf oleh MQA.

actually untuk run satu-satu program / course, setahu aku, perlu dapat kelulusan dari MQA, then IPT tu akan guna kelulusan tu untuk apply kebenaran menjalankan program dari KPT (now semua untuk kementerian pelajaran kan?, just a small unit under that kementerian). lepas KPT dah luluskan untuk menjalankan program, barulah MQA akan keluarkan surat beserta dengan nombor kelulusan permohonan = PA000000 / A000000 (serial number ni unik untuk setiap program).

tapi, budak ni dah bayar RM2k untuk register haritu. so, sepupu dia nasihatkan dia berhenti dari pengajian dan kerja dulu. kumpul balik duit dan bayar balik pada mak dia (sebab mak dia yg forwardkan duit register haritu) then barulah masuk belajar balik.

nasihat aku pulak kepada budak tu, next time kalau nak study, check dulu course vs. IPT di website. so, takdelah terbuang masa dan duit.

agent memang takkan bertanggung jawab dalam hal ni. ada kemungkinan jugak dia akan cakap "awak tak tanya pon pasal MQA".

pendek kata, kita yang nak belajar, kitalah yang kena make sure kita tau ape yang kita buat.

0 comments: