Monday, July 29, 2013

every 2-3 months

aku akan ada perasaan untuk menukar handphone baru. ape punya perangai aku pon tak tau. pantang betul. dulu gilaaaaaa sangat dengan norkiah nokia. keluar yang baru je nak beli. dari 3310 ke nokia butterfly sibuk nak beli. tapi tak beli pon, tengok je orang pakai. lepas tu keluar yang ada warna, nak beli gak. nak je lah kan. lepas tu keluar yang ada camera, pon nak jugak. keluar yang qwerty keyboard, terus beli. haish tokleh blah.

tak cukup keyboard qwerty, nak pulak berchatting kekonon kat BBM. pastu beli lah blackberry. entah dengan sapa kau nak berBBM bagai. dari satu ke satu BB aku beli n pakai sampai rosak. last sekali aku jual kat aiman sebab nak beli bold 4. aku pakai je bold 4 beberapa bulan, keluar pulak samsung note. walaupon ada orang cakap sekali kau pakai BB kau takkan beralih arah kan? tidakkkkk aku tukar je. aku pakai jugak samsung note ni ha.

dulu yang jadi aku pakai banyak jenis phone tu sebab aku pakai 2 nombor. kenapa nak gatal pakai 2 nombor aku tak tak sure. macam lah boyfriend ada 2 orang masa tu kan. hahahaha. tapi since 2011 aku memang stick to 1 nombor sahaja. tak mau dah pakai 2 nombor. pastu siap kene pilih line mana yang reasonable price untuk data plan dan call + message deal. tapi of course mane kau boleh dapat semua deal macam yang kau nak kan.

dah aku syok eksyek kat adik-adik aku pakai samsung note best lah segala bagai (kau tengok, eksyen kat adik-adik. ape daaaa) tiba-tiba keluar samsung galaxy grand yang boleh pakai 2 simcard. mamat & widad dibelikan oleh mother. pastu diorang pulak eksyen balik kat aku ni ha yang diorang boleh pakai 2 simkad dan dapat both deal paling murah (data dan call + message). keji kan budak dua orang tu.

aku bertabah je sebab baru beberapa bulan pakai note ni masa tu. tiba-tiba keluar pulak samsung galaxy s3 dan s4. ok, aku minat gila s4. dia kecik sikit dari samsung note. sebab bila pakai note ni memang tak muat dalam poket seluar. dah kata note kan, haruslah besar. so aku takut je aku letak merata-rata note aku ni. lepas tu ada pulak s4 mini. sama saiz dengan iphone 5. aku dengan mother dah siap ukur tadi kat kedai guna iphone 5 mother. haish, ni yang buat aku tak tidur malam ni.

kalau mimpi jugak galaxy s4 mini ni, nampaknya kne pergi menoreh getah ni.

ape punya perangai lah. most of the time, aku mampu menepis walaupon termimpi-mimpi. tapi ada la 2-3 kali yang tak mampu tepis dah. maknanya dah mimpi sampai ngigau la tu.

0 comments: