Sunday, July 28, 2013

Malas n menyampah kalau

1. Sms / text message tak berjawab. Especially kalau tengah membincang satu satu perkara macam : apekah kaedah modus operandi nak beli kuih raya. Kau hantar ke aku pergi pick up? Dah 2 hari tak berjawab. Dah habis ke stok kuih tersebut?

2. Memandu kereta, tak kiralah di highway atau pun jalan biasa, pemandu lain memotong dari kiri. Setahu aku lah masa kelas undang-undang jalan raya, pengajar tu ajar untuk memotong sebelah kanan. Ke sebab dah lama sangat dapat lesen maka terlupa undang undang?

3. Masih berkisar pemanduan lagi. Di atas highway / expressway 3 lanes, pemandu di lorong tengah memandu kereta dengan kadar kelajuan 70km/jam walhal hadnya 110km/jam. Ya saya tahu anda berhati-hati. Tapi kalau nak drive slow begitu, silalah drive di lorong kiri sekali ya.

4. Student datang lambat dengan alasan bangun lambat. Masalahnya, dia duduk di hostel yang hanya 200 langkah dari kelas sahajaaaaaa. Kalau lambat 15 ke 30 minit aku tak kisah je lagi tapi kalau kelas 8am to 10am, dia sampai jam 9.30am dan datang denvan handphone sebijik di tangan tanpa buku nota or beg yang kekonon berisi buku nota, memang suruh aku. .................... (isi tempat kosong)

2 comments:

Shiema said...

lempang.....

aliaaroslan said...

@Shiema sangat!!!! tapi ku tahannn