Tuesday, July 16, 2013

buat kuih untuk berbuka

kalau boleh tak nak letak gambar makanan bila update blog masa daytime. sebab aku sendiri yang tertelan-telan air liur nampak semua sedap.

tahun ni, takde lagi yang aku buat kuih tradisional macam tahun lepas. not yet anyway. sebab dari buka puasa hari pertama haritu, belum berjaya lagi menghasilkannya. berjaya print recipe je. ceh.

masa buka puasa pertama tu, dah berkobar-kobar nak buat buah melaka. sekali tepung pulut habes. ceh, habes jugak idea aku. last-last widad korek-korek almari jumpa cucur udang adabi. ok, boleh lah. tapi of course kalau berbuka ni kita nak makan manis-manis kan. nak buat cucur kurma pulak, memanglah stok kurma banyak. tapi tepung pulak takde. ceh lagi sekali.

masa buka puasa ke-2 pulak, dah plan nak buat buah melaka. sekali kau, dah beli tepung pulut, pewarna hijau dan perasa pandan pulak takde. adoi, kenapalah aku tak check siap-siap kan malam sebelum tu. hampeh lagi. so akhirnya buat bubur kacang letak lempuk durian. tapi pekat sangat. so tak berapa laku di situ.

lepas tu esoknya aku beli pisang emas di bawa berlayar. dapat ala-ala 10 ketul macam tu sebab stok dah tak berapa cantik kat kedai. belasah buat cekodok pisang. amek kau, licennn. sabtu haritu takde buat kuih sebab banyak dah roti john semai beli bawak berbuka kat rumah sekali dengan beberapa kuih lagi.

yes, masih lagi tak jejak ke bazar ramadan. sebab nanti membazir je maklumlah masa puasa ni aku memang nafsu tahap ape entah.

ahad miza buat cekodok pisang. semalam aku goreng pisang tanduk yang mamat beli sabtu lepas. manis betul pisang tu, sedappp. ceh, puji diri kekononnn.

harini? goreng pisang tanduk lagi, baki dari semalam.

lauk-lauk pon takde yang beli. even ayam golek yang famous kat bazar ramadan bangi pon aku tak beli. haritu bf di widad, kenu namanya, mak dia kirim tempoyak daun untuk mother. sodapnya.

tengok, cerita tanpa gambar pon aku rasa nak terkeluar air liur. ceh.

2 comments:

Ms Haslina said...

syabas Aliaa kerana dapat mengekang nafsu ramadan terutama di bazaar.

tempoyak daun. erm yg macam masak lemak tu kan.tapi buh tempoyak dan macam2 jenis daun kan.
namanya sambal daun kayu.

aliaaroslan said...

@Ms Haslina sedap sangat kak. rasa hari2 pon nak makan...