Monday, July 22, 2013

di manakah gambar makanan mu di kala berbuka mahupun sahur, Aliaa?

ha, amek kau. ada jugak orang tanya soalan begitu. bukan tak nak letak gambar makanan. tapi buka puasa tahun ni, tersangat super duper jarang snap gambar. widad le yang rajin ambil gambar, itu pon kalau dia ada di rumah ni untuk berbuka puasa.

tapi ada sekali buka puasa je aku rasa yang aku snap gambar lauk pauk segala bagai. lain-lain semua aku repost kat instagram dari widad punya IG. or, aku suruh dia whatsapp kat aku gambar yang dia ambil then aku upload kat IG. malas gile kan kan.

tengah duk type entry ni ialah ada drama ape entah kat astro oasis, pelakon dia Fahrin Ahmad. terus cakap kat mother "eh, bakal suami lah". pastu mother cakap "ha, menantuku" nada jerit sikit. eh eh...

tahun lepas punya ramadhan aku rajin semangat gila buat kuih bagai. tapi tahun ni so far baru goreng pisang tanduk, buat cekodok pisang, ngan kuih bakor. haritu ada buat muffin chocolate pon sebab widad request. ngengada budak tu. tapi aku suka kalau dia ada kat rumah ni, so nanti semua barang-barang yang aku guna untuk baking dia akan settlekan basuh semua. dictator tak kakak dia ni??? ahahaha...

so far, baru sekali berbuka di luar, lebih tepat lagi di rumah Atiqah. gegirl berbuka puasa berjemaah kekononnya. potluck bawah makanan sorang sikit. aku tak de idea haritu nak bawak ape, aku blasah buat pasta baked. sekali, yang itu kena serbu dulu. alhamdulillah diorang suka.

taste kami kat rumah ni almost sama untuk semua orang bila berbuka. mesti ada sambal, mesti ada kuah. pastu wajib untuk mother ada acar buah. then bf si widad punya emak kasi mother masak lemak sayur kampung tu. eh, haritu kak haslina (officemate) ada kasitau nama dia. masak lemak kayu kalau tak salah, dengan tempoyak. aku campur tempoyak dengan cili. amek kau, tak berhenti makan. ok, aku tipu. aku berbuka bukan makan bersungguh-sungguh sangat. makan sikit dah kenyang. rimas orang yang tengok cara-cara aku berbuka.

tapi masalahnya lepas tu, aku ialah akan makan dan makan lagi. itu laaaagi bahaya. cehhh!

lauk so far yang kami boleh ulang-ulang makan tak jemu lagi ialah sambal ikan bilis petai. maklumlah, stok petai senang dapat sebab widad balik dari lendu every week so dia akan bawak balik yg fresh bila mother suruh beli. sampai je terus masak. cemana tak makan ulang-ulang kan.

now aku terasa-rasa nak cari telur itik. masak lemak cili api konfem best!

tadi alim pergi bazar ramadhan dengan kawan sekolah dia. mother pesan beli kuih ketayap. alhamdulillah sedap.

oh, lagi satu. nak buat kuih gelang jugak. tadi aku pergi alamanda, lupa la pulak nak beli keledek. ceh la... suruh pergi lagi la tu.

4 comments:

Ms Haslina said...

i like sekarang2 ni semua orang pakat2 masak sendiri di rumah.
alhamdulilah, berkat kan.

so, tak janggal ke diaorang2 yg duk hari2 pi borong hari2 di param. sedangkan anak2, suami mengharap air tangan isteri.

p/s sambal daun kayu (walaupun ianya adalah masak lemak di campur dgn pelbagai daun kayu)

Xuera_lar said...

letak aje gambar2 makanan itu aliaa sebagai pembakar semangat...ngeh..ngeh..

aliaaroslan said...

@Ms Haslina masak sendiri sangat tak membazir, kak. tapi yg tak sempat masak tu mungkin sebab tak sempat ataupun terlalu letih. ada pros n cons bazar ni. pembeli kne bijak =)

aliaaroslan said...

@@ju terbakar semangat sekali meleleh air liur bila tengok siang2 hari.