Monday, July 29, 2013

out to Midvalley

dua orang anak dara telah mendecide last minute untuk berbuka puasa di Midvalley semalam. saya pon lepas masak terus zasss mandi bersiap dan keluar. untuk orang kat rumah saya dah masak kurma telur pecah, ayam goreng daun kari (ilham mother of course, kalau aku garam kunyitkan je = pemalas kan), ikan bawal goreng bersambal dan kailan ikan masin. kuih saya tak buat since mother kata boleh hidang pasta baked yang bertray-tray aku dah buat hari sebelumnya tu. Maisa sefamily datang berbuka kat rumah. then widad dan mamat bawak boyfriend dan girlfriend masing-masing berbuka di rumah. along diorang ni je gedikness nak berbuka kat luar. 

#ootd

  • Syria from Ariani
  • Blouse from TopGirl (Online shop. Tapi kedai dia di Semua House, KL. So boleh try dan tengok sendiri kalau prefer)
  • Jeans from Giant jeee...
  • Tote Handbag from Longchamp (p/s: ada orang keep track ke handbag saya?)
  • Then saya pakai sandal from one of the boutique in Voir Gallery yang on sale RM10. Alaaa gambar lupa snap. 
 Dimanakah tempat berbuka yang telah kami pilih? Kami tu refer kepada saya dan Atiqah ye. Atiqah kata nak berbuka di Manhattan Fish Market sebab deco dia cantik katanya. Saya on je, no problem. Before saya sampai di Mid, Atiqah dah order siap-siap dan bayar. So bila saya sampai kami jalan-jalan dulu. Atiqah shopping barang-barang raya dan makeup di Faceshop. Of course saya jadi penasihat product kecantikan kat Faceshop tu. Kalah salesperson kat situ. Dan, siap saya minta freegift banyak-banyak lagi. hehehe...

Then kami duduk berbual di centre court sebab dah penat berjalan-jalan. Kemudian dalam jam 6.45pm macam tu kami terus pergi ke Manhattan Fish Market.



Bila order sampai satu persatu, kami berdua ternganga. erk, mampu ke nak habiskan ni...

The girl who ordered everything.

The girl who managed to say "gaspppp!!"
We managed to finish 3/4 of the food and tapau the rest of them. Lepas tu jalan-jalan sikit then lepas minum kopi di starbucks.

At almost 10pm kami pon balik rumah dengan perut penuh.

2 comments:

@ju said...

wow...best..best..

Ms Haslina said...

cuba kuatkan iman didada part tipon2 ni alia. hehehe.

sila buat post pasal FACESHOP tu, boleh x. member akak cakap barang FS baguih.