Friday, April 1, 2011

aktiviti

selasa lepas, bangun pagi sedikit lewat. pukul 8.00am baru boleh bangun. sebab masuk tidur pukul 4.00am hari sebelumnya.

Mamat dah pesan, kalau Along bangun nanti, sebelum pergi PD, nak mintak hantar ke kedai, dia nak beli barang. lepas aku dah siap, baru aku kejutkan dia dari tidur sebab dia pon balik lewat malam sebelumnya, ada test kat kolej sampai pukul 11.00pm.

Mamat bangun, gosok gigi dan terus ready nak keluar rumah. aku tanya, tak nak mandi ke. apa kau ingat ini UK boleh takyah mandi pagi? dia kata nanti dia mandi sebab nak bersiap pergi kolej lagi.

settle hantar dia ke kedai dan hantar balik rumah, terus aku menuju ke PD. lebih specific, teluk kemang. member sekapal lecturer-lecturer lain serta student-student mangsa deraan duduk di homestay Haji Sidek, sebelah balai polis teluk kemang. perjalanan dari rumah ke tempat kejadian lebih kurang sejam sahaja, aku siap eksperimen ikut jalan lama lagi (dari seremban ke teluk kemang).

sampai aje di tempat kejadian, terus jumpa haji razak yang kitorang (lecturer-lecturer perasan muda) panggil abah. asal dapat panggilan abah tu sebab mula-mula abah join kitorang, aku la menggatal cakap abah ni bakal bapak mertua aku. last-last semorang ikut panggil abah. mind you, umur beliau 60++ tapi slumber ikut student pegi buat survey filed work.

borak-borak dengan abah, tak lama lepas tu hanah datang join. borak lagi. lepas tu kami pergi lunch. aku tak pergi tengok student di site pon sebab cuaca sangat panas tahap berdesing. so lepak di tempat rehat bawah kipas (mengada). lewat petang sikit baru pergi site.

malam tu tengok student buat report dan tunjuk ajar mane yang patut. oh, part paling best, abah bawak aku dan budi (lab technician) makan durian!!!. hasilnya, malam tu panas badan. nasib bilik ada air cond. dan nasib baik jugak tak dapat sakit tekak.

terasa masa cepat betul berlalu. ni dah hari jumaat. saje je aku buat lawatan tapak ke PD tu. ramai orang rindu aku rupanya. (ok, mengada perasan lagi).

patutnya harini balik ke rumah ayah. tapi ayah pulak kene bawa budak main bole peringkat daerah under 15 dan 17 dari harini sampai isnin depan. maklumlah, penolong kanan ko-ko dan coach terbaik negeri perak. karang aku pening + muntah hijau pulak duk kat tepi padang asyik mengadap budak sekolah main bola. tukar plan, minggu depan baru balik rumah ayah. arghhh, tak sabar nak makan seafood fresh baru naik dari laut.

2 comments:

h4ni3 said...

huittt... bedal doyan lagik???
nak jugak.. hahaha

aliaaroslan said...

drhanie - bedal lagi. mementang tak sakit tekak. hihi (gelak nakal gatal)