Thursday, April 7, 2011

kekonon amazing race

selama ni duk tengok amazing race kat TV aje kan. skali ko, kali ni aku dah dapat sikit-sikit feeling camne kalau join amazing race betul-betul.

plan asalnya, mamat nak hantar aku ke komuter bangi. then aku akan ambil komuter ke kajang dan naik express rakyat terus ke taiping. tapi, boleh pulak dia bagitau aku last minit yang dia ada kelas ganti. hampehhh.. mula la aku nak nervous.

aku terus bersiap-siap lepas dia text aku pasal kelas ganti tu. aku keluar rumah jam 1.00pm. train express rakyat dari kajang biasanya pukul 2.30pm. so aku bajet sempat lah nak sampai ke komuter kajang by that time. aku turun dari rumah, terus ke pondok guard. kat situ biasanya banyakkkk kereta sapu yang hantar orang ke komuter bangi ataupon ke KUIS (sebab agak ramai student tinggal di area rumah aku tu). boleh pulak, masa aku nak cepat ni lah yang takde satu pon kereta sapu yang menunggu. apekah?

aku mintak kat guard tu no fon orang yang biasa bawak kereta sapu. sorang pakcik tu dia kat KL masa tu. sorang lagi pakcik ialah ada d bandar baru bangi dan akan sampai kat rumah aku tu lagi setengah jam. nak aje cakap "cannot pokcik, saya kene pergi sekarang jugak ke komuter bangi tu. now now now." tapi tak la cakap pon. dalam hati aje. tunggu punya tunggu, dalam pukul 1.30pm macam tu ada satu akak yang bawa kereta sapu ni datang. aku pon naik. boleh pulak dia nak ambil student KUIS di KUIS dulu, baru pergi komuter. aku kata dalam hati, kalau takat singgih aje angkut budak KUIS tu takpe. layan aje.

tapi, boleh pulak budak tu nak ambil duit dari ATM dulu. cisss.. tunggu lagi. last-last sampai komuter bangi nak dekat pukul 2pm. terus beli teket ke kajang. train patut sampai pukul 2.10pm tapi lewat pulak dia 5 minit. nasiblah nak ke kajang tu, ada berhenti kat satu stesen aje, stesen UKM so sampai kajang pukul 2.30pm. terus buat adegan lari-lari naik turun tangga (sebab kaunter teket di seberang) dengan bawak backpack yang berat gila berisi laptop kebal ni, dan segala mak nenek yang aku nak angkut bagaikan mahu duduk setahun.pegawai KTM tu kata train express rakyat dari kajang dah lepas tapi train tu lepak kat KL sentral dulu dan dijadualkan akan jalan pukul 3.35pm. dia kata kalau aku ambil the next komuter dari kajang ke KL sentral dan terus beli teket express rakyat KL-taiping di KL sentral, aku sempat naik train tu. tapi, aku MESTI naik the next komuter kajang-KL sentral ni. penuh macam mane pon komuter tu aku kene naik jugak, kalau tak, memang tak sempat.

next komuter ke KL sentral ialah pukul 2.40pm, dapat teket komuter aje aku lari-lari lagi naik turun tangga ke platform komuter hala ke KL sentral. aku turun aje dari tangga, terus komuter sampai dan terus aku masuk train tu. nasib ada tempat duduk. punyalah lama gila aku rasa perjalanan ke KL sentral tu. sampai kat KL sentral dalam pukul 3.25pm. train sampai aje terus aku jalan laju-laju (sebab dah tak larat nak lari-lari) keluar dari tempat komuter tu dan terus ke kaunter nak beli teket train express rakyat. boleh pulak, kene ambil nombor dulu ok. tension betul aku. tapi maybe sebab ada adegan orang tak reti beratur, tu yang diorang buat sistem nombor tu. duduk seminit, nombor aku kene panggil. terus beli teket dan akak kaunter tu kata lagi 5 minit train jalan.

patutnya train jalan pkl 2.54pm tapi dia delay lagi
dapat teket dan bayar, terus aku jalan laju-laju pergi ke platform A. turun aje terus pegawai KTM tunjuk gerabak mane aku patut masuk. aku naik aje train, tengah nak cari tempat duduk, terus dengar pegawai KTM tu tiup wisel dan train pon jalan. boleh? memang nasib baik betul. kalau tak, kene buat adegan hindustan pulak lari-lari kejar nak naik train.


tempat teket pakai text message aje? canggih!

kalau aku naik bas, tempoh perjalanan ialan 3 1/2 jam. naik train 4 1/2 jam tapi hati tenang la naik train sebab kebarangkalian untuk accident tu sangat tipis. lagipon naik train boleh releks2, jalan-jalan dan makan-makan kat kantin dia (nasi goreng ayam RM6, kategori murah la untuk onboard food). siap ada toilet segala.

sampai aje taiping, ayah dah tunggu. jeng jeng jeng, wajiblah makan tomyam paling sedap di malaysia kalau dah balik taiping..

10 comments:

HLiza said...

Laa..kat mana tomyam plg sedap kat Taiping, tak tau pun! Akak hampir tak pernah naik train..rasa macam boring je..haruskah akak try?

Shiema said...

sakit perut gelak kat setiap perenggan....:)
selama ni pengalaman naik train x prnah rushing2 lagi....kite yang mati kutu menunngu train yg asik delay je...
setuju ngan aliaa yg naik train ni rase heaven je pasal kebarangkalian nak accident tu rendah sgt. Sekarang ni train mmg gerak lembab cket, tapi nanti bile landasan berkembar dah siap, same laju je ngan naik bas

h4ni3 said...

haa.. kat mana tomyam tu? kat mana?
nak gi taiping 30hb nih



lari.. lari.. lari.. dan lari..
berapa kilo ilang? hehe

Ribbon and Circus said...

mencungap baca entry aliaa nih..hehe den yg ponek.. ;p slamat makan sedap2x kt taiping..

aliaaroslan said...

@HLiza

kene try kak. dia punya pengalaman berbeza. even setiap negara punya train pon berbeza. setiap sistem pon berbeza. tapi kalau nak bawak budak2, yang short journey ok.. long journey takut diorang bosan :)

aliaaroslan said...

@Shiema

tu yang mengamalkan konsep biar lambat asal selamat. memang sejak dua tiga tahun ni, aliaa naik train aje kalau balik taiping. kalau balik ramai2, naik kereta. kalau penat, boleh rehat2.

ni yang tak sabar nak tunggu landasan berkembar siap ni. lagi ramai orang akan naik train dan kurang la accident bas kat jalan raya kan.

aliaaroslan said...

@h4ni3

nanti saya cek balik nama kedai tu ye Dr. dia bukak lepa maghrib sampai tengah malam. kalau ikut highway plus dari KL, exit kat taiping selatan (cangkat jering). keluar tol ambil simpang kiri kat traffic light. then terus aje ikut jalan ke bandar taiping. then bila almost nak sampai kat area simpang, kedai tu belah kiri. opposit mobil.

kalau saya ada kat sini lagi, boleh saya tunjuk terus kedai tu kat Dr.

roger la ye, ni email saya : aliaaroslan@gmail.com

lari-lari banyak kilo habis. sampai sini, tambah lagi kilo. huwaaaaaa.. terus rasa nak pegi jogging kat taman tasik taiping lepas ni.

aliaaroslan said...

@Ribbon Clown

terus rasa nak register amazing race asia. hehe..

memang makan saje kak. lepas ni kene pegi panjat bukit larut la nampaknya nak turunkan balik kilo-kilo ni.

Ribbon and Circus said...

register lah aliaa..akak klu nak masuk, mmg tak dapat la..X fit okay..hehe

dah lama tak pegi taiping..dulu time study kat Perak, slaluu gi Taiping..bukit larut, Zoo, Tasik..kedai makan sedap2 hehe laksa, mee udang..slurrpp..ingat makan je..cis

aliaaroslan said...

@Ribbon Clown

taiping kalau bab makan, memang success gila. habis diet-diet segala ni. kene pegi jogging kat tasik taiping nampaknya petang ni. i mean, kalau rajin. hehe..

nak register, geng takde dah kak. suma dah kawin or nak kawin. ada tak amazing race masuk secara solo? hehe