Tuesday, April 26, 2011

orang ke-3

huwaaaa, lama tak update blog, then bila update skali kauuuu kasi tajuk cenggini iye. saje je nak menulis berdasarkan pengalaman. harap-harap boleh jadikan salah satu pengalaman yang menarik dalam hidup.

well, yang selalu jadi watak ke-3 ialah aku. orang lain ialan tak pernah jadi watak ke-3 untuk aku sebab aku tak pernah bercinta. ada orang kata aku hati batu. apekah?

anyway, biasanya kawan-kawan kalau nak ajak aku keluar dengan boyfriend diorang, objektif utama diorang ajak ialah nak introduce bf diorang kat aku. bagaikan aku ni mak pak diorang yang perlu dimintak approval sebelum menjadikan hubungan atara diorang serius. well, aku kan sometimes boleh jadi style macam mak-mak orang kan. haha..

tapi, sebab keluar dah bertiga, orang konfem akan pandang serong kepada orang ke-3 (in this case, aku lah tu) sebab macam kacau orang nak berdating. tapi, little that they know yang aku keluar diorang pasangan kekasih ni sebab nak menilai, ape yang diorang cari dalam perhubungan sesama diorang ni. what they are willing to give in and what they are expecting to receive from this relationaship. kalau yang kahwin tu kategori lain lah kan. so, from there, i'm able to learn a lot of things yang kadang-kadang kalau kauu die hard fan tengok semua drama kat TV pon kau takkan dapat info-info macam tu.

kebanyakan kawan-kawan aku, lepas kitorang keluar, akan tanya ape pendapat aku terhadap bf-bf diorang. well, oleh kerana aku ialah berterus terang, kengkadang terjadi kejadian "yang benar itu sukar ditelan" dan ada jugak adegan "tinggalkan kawan yang dah kenal lebih 5 tahun untuk bf ku yang baru bercouple seminggu". anyway, aku tak kisah sebab keputusan diorang yang buat sendiri. tapi terkilan sebab diorang pon tak fikir panjang sebelum buat ape-ape keputusan.

biasanya, bf-bf kawan-kawan aku ialah akan try their best untuk impress aku. yelah, kan aku dah kata, aku kan mak-mak diorang. hahhaa.... tapi, kalau dah orang tu betul-betul baik, tak perlu try so hard untuk impress orang lain ye tak?

so, pernah ke jadi orang ke-3 bila ikut orang berdating?

aku, banyak kali. aku suka sebab bf diorang akan belanja makan. hahaha!!!

1 comments:

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com