ui, raya lambat lagi. tapi pejam celik pejam celik, dah sebulan lebih pulang ke malaya ni. tiba-tiba terus terfikir pasal nak kene tempah baju raya. semangat betul! maklumlah, sebab puasa semua dah habis ganti lama dah. so memang super excited lah nak beraya. pulaknya tidak lagi beraya di perantauan lagi tahun ni, insyaAllah. lalu terus terbayangkan semua makanan-makanan raya. oh, tidakkkk..
minggu ni nak balik taiping lagi. ayahanda sudah merindui daku ini. eh, salah. daku sudah merindui ayahanda. i mean, daku merindui seafood fresh yang baru nak dari laut itu. so plan untuk tempah baju kat kampung aje. bak kata ayah, marilah menolong orang melayu di situ. lagipon nak tempah baju kurung moden dan baju kurung biasa. so kebarangkalian untuk diorang tak pandai jahit tu rendah sebab of course diorang selalu buat kan. kalau diorang jahit tak best, mari kita pow ayah untuk beli baju kurung raya yang siap jahit sahaja. maklumlah, dah boleh beli baju kurung siap sekarang ni, semenjak dua menjak dah muat ni. eh, berlagak kejap.
baju raya, akan merangkap baju pergi kenduri kahwin kawan-kawan, merangkap pergi majlis dinner formal dan yang sewaktu dengannya. maka terus aku korek balik kotak jahit aku dan kotak manik-manik aku sebab nanti aku nak merajinkan diri untuk jahit manik. ada sape-sape nak tempah? well, of course kene siapkan manik-manik untuk mama, maisarah dan widad dulu. tapi, biasanya mamat pon nak jugak tambah manik kat baju melayu dia. apekah? tiba-tiba terus teringat yang tahun ni Lana dah boleh pakai baju kurung. alamak, comelnya!
oi, raya lambat lagi. berangan melebih-lebih. tapi takpe. berangan tak kene bayar.
0 comments:
Post a Comment