Tuesday, April 5, 2011

best betul

Tempat : Klinik Pergigian, Pusat Kesihatan Bandar Seri Putra.

Waktu Daftar : 9.00am

Waktu Selesai : 9.30am


Saya masuk ke klinik pergigian tu, terus daftar. Isi borang dan bayar RM1 untuk pendaftaran. Oleh kerana takde orang di klinik tersebut, saya telah dipanggil selepas 2 minit duduk. tak sempat nak panas punggung pon.

Doktor yang bertugas saaaaangattt baik dan beliau explain setiap satu yang dibuat dan bertanya secara terperinci ada allergic ubat ke, pernah buat ape-ape rawatan pergigian yang lain ke, dan ada penyakit kronik lain macam lemah jantung, kencing manis, etc. Saya jawab, ya, saya allergic ubat Ibuprofein dan adik beradiknya serta saya pernah buat rawatan orthodontic. Settle soal-jawab, terus beliau buat full check up. Scaling dengan detail dan settle semua urusan.

Oleh kerana pusat kesihatan baru, maka peralatan pon semua baru dan high-end. rasa macam sama situasi dan keadaan seperti pergi ke klinik pergigian yang swasta. air-cond sudah pasti. selesa betul. 

Bayar RM2 untuk scaling.

Next checkup boleh pergi lagi!!!

11 comments:

h4ni3 said...

tapi saya ada bad experience dgn doc gigi gomen... seriau dah saya nak pegi.. huhu

Ms Haslina said...

last pergi klinik gigi masa 2007 rasanyer. tgh pregnant. mmg sungguh tak de orang...kan.

aliaaroslan said...

@h4ni3

saya so far takde bad experience lagi dengan Dr gomen or Dr private. cuma kalau gomen tu biasanya kne tunggu lama, tu yang pegi private. tapi sebab orang kata kat klinik tu takde orang, saya testing market. memang betul, cepat dan pantas :)

aliaaroslan said...

@haslina

aliaa memang suka check up gigi setiap 6 bulan. sebab salah satu tempat favourite ialah bilik dentist. pelik tak? hehe

HLiza said...

La bestnya! Akak fobia nanti ramai org..pas tu kat Ipoh ni belum nampak klinik gigi baru bukak..lain tu macam dah buruk dan menakutkan..amacam ni..

Shiema said...

huhuh...klinik gigi kerajaan camni lah dihatiku....kat cni, penuh je manjang

aliaaroslan said...

@HLiza

klinik buruk takpe kak. janji equipment canggih manggih. baru semangat nak gosok gigi. hehe.. dia biasanya pusat kesihatan baru akan dibuka kalau ada kawasan baru buka, macam tempat saya ni kak. cuba akak cari mane tempat baru nak dibangunkan or ondway nak dibangunkan..

aliaaroslan said...

@Shiema

dahla doktor baik baik. staff pon baik baik. service cepat pulak tu. takde adegan doktor nak pegi minum dulu ke hape. memang terbaik.

awok said...

klinik gg bandar seri putra ni boleh trus walk in ke eh

aliaaroslan said...

@awok kalau walk in hari isnin dan selasa sahaja. hari lain by appointment.

Teenager said...

Salaam. Klinik ni masih elok?