Monday, April 7, 2014

Mohon pandangan dari yang pakar.

Pakar yang saya maksudkan, doctor medical dan parents.

Sepupu saya telah melahirkan bayi lelaki sekitar 9 bulan yang lalu, dalam keadaan baby premature (7 bulan usia kandungan). Namun begitu, hanya tumberasan baby sahaja yang mengikut milestone, tetapi tidak perilaku / tabiat.

Baby sepupu saya telah disahkan menghidap Thalassemia tetapi doktor hanya akan dapat sahkan peringkat Thalassemia itu apabila baby berumur 1 tahun nanti.

Cuma, yang merunsingkan fikiran sepupu saya, dan kami seisi keluarga, adalah, baby sepupu saya ini sangat jarang menangis. Sabtu lepas kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu yang lain, keadaan dewan mestilah gamat dengan suara orang dan muzik. Anak buah saya sendiri, lepas dua jam dah jadi cranky, nak tidur pon merengek, lapar jadi cranky dan merengek. Tetapi, anak sepupu saya ni, tak menangis sedetik pon. Saya pun tak sure bila baby ni lapar dan sepupu saya hanya bagi minum susu mengikut timing sahaja, buka bergantung kepada reaksi anaknya (macam anak buah saya dan anak-anak sepupu yang lain).

Anak buah saya, Vivy baru nak masuk 6 bulan. sekarang dia tengah lasak berguling, mengesot kedepan ke belakang dan apa sahaja yang dicakap dek tangannya, semua dimasukkan dalam mulut. tetapi, anak sepupu saya, tidak boleh berguling sendiri. perlu ditiarapkan oleh ibunya dan hanya boleh angkat kepala sahaja. grip tangannya juga tak kuat.

bila saya dokong anak sepupu saya, saya perlu support behagian belakang badannya, which yang sangat jarang berlaku untuk baby berusia 9 bulan. kebiasannya baby seawal umur 4 bulan dah kuat badannya bila didokong.

Kami sekeluarga sangat risau dengan keadaan ini dan persoalannya, adakah ini disebabkan baby ini dilahirkan premature dan penghidap thalassemia?

Mohon pencerahan dan pandangan yang pakar.


2 comments:

Dr Singa said...

akak tak lah pakar..

tapi nak jawab boleh..?
usia sebenar adalah 7 bulan , sebab2 bulan premature
even kalau 7 bulan pun.. patutnya dia dah boleh support tengkuk sendiri dah..
kalau aliaa pegang kat ketiak.. rasa dia macam melurut turun tak?
floppy tak?
as in lembik.. tak boleh support ketiak dia sendiri..?

kemungkinan besar sebab premature tu..
dan thalassaemia tu,..
ada follow up kat spital kan?

aliaaroslan said...

@Dr Singa ya betul, kalau pegang kat ketiak, dia macam melorot ke bawah, dia tak boleh nak macam lawan balik. yup ada follow up di hospital tapi doctor di situ macam tak boleh nak confirmkan what is the real cause.

kalau baby 7 bulan, (yang saya observe lana dan vivy), dah masukkan dalam mulut semua benda yang dia capai termasuk kaki, mengesot kedepan kebelakang, angkat punggung, berguling, etc.

Dr suggest tunggu follow up dari hospital lagi or refer pakar?