serious wei, memang nyamuk ni menyebabkan terkeluarnya pepatah "kerana nyamuk seekor, kelambu dibakor".
sangat setujus (dengan S lagi). kenapa setuju?
beberapa bulan yang lepas, kan cuaca di malaysia ni secara amnya agak panas dari biasa. malam-malam pon aku belasah on aircond dan kipas pon full blast. bila panas ni, nyamuk pon bermaharajalela. itu standard, bak kata omputih.
tapi, bila dah hujan sejak 3-4 minggu yang lalu, malamku nyaman sekali. aircond pon dah sebulan lebih tak on. nyamuk pon tak nampak bayang. amboi, nyamuk ada bayang ke?
sekali kauuu. semalam. aku terlupa nak pasang ubat nyamuk dalam bilik. tapi ubat nyamuk kat ruang tamu aku memang on je sampai pagi. dalam pukul 4 pagi macam tu, dah gatal dah tangan aku kena gigit nyamuk. chait, lagi tambah nak marah, siap dia berdengung kat telinga aku lagi.
ini boleh mendatangkan marah.
sanggup tu, aku bangun, pergi carik ubat nyamuk dan pasang. aku pakai yang letrek punya tu.
tengok tu, sebab nyamuk, sanggup kan. cuba kau bangun tahajjud sekali Aliaa.
serious beb. nasib baik aku tak pasang pelita. kalau tak, habis aku bakor rumah aku dah.
2 comments:
Part berdengung kat telinga tu memang sakit hati!!..kalau part tu saya pun sanggup memalam buta tu sembur aerosol...kena tunggu pun takpe gitu...
@SueGinola sangat merimaskan bunyi tu kan.
Post a Comment