Walaupon dah banyak kali buat french toast, yang kali ni punya sedap. Bagi aku la, at least. Sebabnya ada tambahan sket resipi nya.
Untuk 5 keping french toast:
Telur saiz A - 3 biji
Margerine - 1 sudu besar
Mayonaise - 1 sudu besar
Kaedahnya:
Pecahkah telur dalam mangkuk.
Masukkan margerine dan mayonaise.
Pukul semuanya sama-sama. Mayonaise dan margerine tu akan berketul-ketul kecik-kecik.
Panaskan kuali. Aku guna non-stick pan so tak perlu minyak.
Celup roti kedua-dua bahagian dan terus letak atas kuali.
Agak-agak sebelah bahagian dah masak telurnya, terbalikkan ke bahagian sebelah.
Dua-dua bahagian dah masak, boleh angkat.
Siap untuk dimakan.
Silakan tengok sambil lap air liur. Rasa dia masin sket n acid2 sket (mayonaise).
Comel tak garfu gambar teddy bear i ols?
4 comments:
mesti sedap nih.....versi french toast akak selalunya telur ngan garam jer.....nak try la pasni...
@@ju try kak, jangan tak try.
oh saya cukup berkenan french toast macam ni...lebih lagi garpu kawaii ada bear lagi...jadi resepi dah share..tolonglah share kat mana boleh dapat garpu comel tu...pleaseeee
@Shahrizat garfu tu saya dapat free masa beli souvenir di korea tahun lepas... rasanya kat sini pon boleh dapat jugak yang comel-comel macam tu, cuba tengok di daiso =)
Post a Comment