Monday, April 21, 2014

kopi apekah itu?

i am a big fan of starbucks. selain daripada mendapatkan starbucks membership card dan mengejar kebestan beli 10 kopi free 1, aku ialah akan saje-saje lalu je kat starbucks (walaupon dah kenyang dan tak haus pon time tu) just to smell the freshly brewed coffee.

biar, nak bau sampai pening kepala. biarkan.

eh, jap. takde kena mengena dengan kepantangan vertigo dan sewaktu dengannya kan kan?

tapi, aku pon style pakcik-pakcik gak. kopi cap hang tuah pon aku bedal. takde hal beb. ha, tengah minum kopi cap hang tuah peket kaler hijau ni pon.

masa kat UK boleh la nak bedal starbucks ke costa ke nero ke hari-hari. pulaknya harga GBP3++ aje kan. ape nak kesah (ewah, budget cop duit nampak). tapi kat sini yang harga lebih RM10 secawan pon aku nak jugak. mengada eh.

haritu aku ada borak dengan brader barista kedai  coffee & donuts. dia kata, 1 set sekali dengan coffee grinder + mesen buat kopi + mesen bende alah buih ape entah tu. RM15k. Opocot, aku cakap kat brother tu.

kalau pakai kopi cap hang tuah kat mesen harga banyak ribu tu, boleh gak kan?

kesimpulan daripada entry takde faedah ni, siapa nak kasi mesen buat kopi yang macam kat kedai kopi hebat tu?

dan... kopi kat the loaf kedai mahathir tu pon sedap ape.

yes, plan biasa. kat korea nanti nak bantai kopi hari-hari dari lain-lain coffee shop.

and yes, termasuk kedai hello kitty.

4 comments:

DeLancrettLurpak said...

Mintak la jadik hantaran, hihihi

Dea rose said...

aah..tak pernah nampak lagi orang buat hantaran. nanti boleh tumpang buat latte secawan..or bercawan-cawan. hehe

aliaaroslan said...

@DeLancrettLurpak ahaaaaa sangat bernas idea itu. boleh2. masuk dalam list.

aliaaroslan said...

@Dea rose dapat nanti marilah kita berjemaah membuat latte. mari2.