Tuesday, December 13, 2011

wedding lagiii!

ahad lepas ada 2 jemputan majlis kahwin. sorang tu, kawan sekolah rendah saya. yup, dari darjah 1 lagi. yang sorang lagi kawan sekolah menengah saya kat maahad tu.

kami (geng sekolah rendah) janji nak jumpa pukul 12.30pm sebelum bertolak ke rumah pengantin sama-sama. tapi saya pulak terlambat sampai. sorry kawan-kawan. so bila saya sampai aje, terus kami gerak. lagipon 2 minit aje dari tempat kami berkumpul.

rupanya, mak kawan saya tu sama-sama kerja di ikram dengan saya. patutlah sebelum ni, bila saya tengok makcik (mak kawan saya) tu, saya rasa macam kenal. haish, teruk betul saya ni kan.

so kami sampai di rumah pengantin, terus jumpa pengantin dulu. then kami pergi makan.

hassan (husband intan) + fuad

newlywed Abdullah + Ain (majlis diorang minggu lepas)


depan - saya, maisarah, nasreena. belakang - ain, intan dan baby naufal (anak intan)


masa makan, jumpa sekali dengan mak ayah loqman dan mak wan maisarah. ada jugak jumpa kawan-kawan yang lain. wah, lama betul tak jumpa diorang.

pengantin - jai + ajun






group photo
izzati sampai lambat sikit dari kitorang. so dia tak sempat join untuk group photo. bila kira-kira balik, dah 20 tahun kami kenal dah berkawan. lama kan?

oleh kerana maisarah, izzati dan saya bersekolah menengah bersama, so kami bertiga pergi ke rumah pengantin yang ke-2 di taman mesra, kajang. yang sama sekolah dengan kami ni ialah pengantin perempuan.

maisarah, izzati, pengantin (ary + suhaila), saya, dan pengapit pengantin perempuan.


balik dari rumah suhaila, tumpang solat di rumah maisarah dan kami sambung lagi lepak-borak di McD bangi. maklumlah, dah lama sangat tak jumpa. kami roger nasreena suruh turun join sekali. macam-macam cerita keluar. hehehe..

that is why i love weddings!

2 comments:

DeLancrettLurpak said...

asal title entry awak cerita pasal wedding je, akak mesti cepat2 click, i just love wedding reception! hehehehe

aliaaroslan said...

@DeLancrettLurpak me too!!! love wedding too!!!