itu cerita semalam. tajuk tu lah. merujuk kepada aktiviti semalam.
pagi semalam, turun dari rumah, tengok tayar kereta kat car park belah belakang, kiri, ialah almost flat. terus saya terfikir masa tu, semalam ada ke saya terlanggar paku ke ape. tapi takde pulak rasanya. so saya terus drive slo-slow ke petronas, untuk pam tayar.
sampai di petronas, memang tempat pam tayar tu kosong. saya try lah nak pam tayar tu dengan modus operandi biasa; set pressure, buka screw yang tutup tube tayar dan pam. tapi tak jadi pon. so saya pandang sekeliling. kereta yang pam sebelah kereta saya, ownernya tengok aje saya . seriously tengok, ok. takde tanya kalau saya perlukan bantuan ke ape. sangat tak gentleman. pekerja petronas lagi lah tak membantu. pasal tengah duk sibuk mengemop lantai ke hape. last-last ada sorang pakcik sangat baik hati bawak motor, dah parking belakang kereta saya. mulanya saya ingatkan dia memang nak pam tayar motor dia jugak.
pakcik : tak boleh pam ke dik?
saya : tak boleh la encik. selalu saya pam biasa ok je. ni tak tau kenapa.
pakcik : oh, kalau tayar nak dekat flat camni, kene tekan butang ni (sambil tunjuk satu lagi butang kat tempat air pressure controller tu). lepas tu baru pam.
saya : ooo... (muka blur kot??)
pakcik : dia kene isi sikit udara, kasi naik. lepas tu baru set balik pressure berapa kita nak. lepas tu pam macam biasa.
saya : oo, patutlah tak jadi tadi. terima kasih banyak encik.
pakcik : sama-sama. ha, tu dah boleh pam (sambil tunjuk tayar).
lepas tu pakcik tu naik motor dia dan blah. wah, pakcik tu berhenti semata-mata nak tolong saya. alhamdulillah, baik betul pakcik tu. terima kasih pakcik, jasamu dikenang.
by the way, saya kalau tak kenal orang, dan orang tu saya rasa lebih tua dari saya, saya blasah panggil encik dan puan. macam skema kan? tapi saya rasa lebih better dari panggil "eh" atau "oi"...
settle pam empat-empat tayar, terus saya ke office. sampai office je, terus ambil fail dan ke kelas.
habis brief untuk lab, saya tinggalkan students untuk siapkan kerja diorang. sambil tu saya standby di office saya kot kot lah kalau diorang nak tanya ape-ape.
habis kelas, barulah breakfast. habis breakfast, balik office dan update notes semua. lepas tu ke pantry makan cake secret recipe, chocolate indulgence. hanah belanja sebijik kek. kami kongsi-kongsi makan. sharing is caring kan. hehe.
tengah hari tu tak feel nak makan berat-berat pon. tapi pergi jugak cafe tu. tengok-tengok selak-selak. last-last makan paru goreng sambal. sedapnya!
habis lunch, terus ke upm uruskan urusan di pusat kesihatan. lepas tu terus ke kementerian pengajian tinggi. submit semua, settle, alhamdulillah. ingat nak singgah office balik sambung kerje, tapi otak saya ni sengal dan entahapahape semalam, so tak singgah pon office, terus balik. by that time, dah pukul 6 petang. so zasss aje balik rumah. so far sepanjang hari semalam tayar tak flat or kurang angin pon. so saya suspect mesti ada budak-budak yang main-main pancitkan tayar orang ni. esok pagi saya nak buat aduan pada guard.
lepas park kereta di rumah, terus keluar jalan kaki ke pasar malam. semangat nak makan memang berkobar-kobar. dalam kepala masa tu macam-macam nak beli dan makan. bila sampai dan habis seround jalan dan balik rumah, hanya jinjit kuey tiaw goreng kuali besar untuk Latifah, sharon fruit untuk DrNotts dan tau fu fah gula merah untuk saya. hampeh kan? selera kureng sikit sekarang ni.
sampai rumah, layan "tentang dhia" sambil makan tau fu fah. lepas tu layan dvd satu movie dan habiskan harry potter year 3 punya movie. sambil tengok tv, sambil layan twitter, sambil fikir pasal PhD, sambil semua lah. alhamdulillah saya takde migraine.
harini buat ape? usah ditanya. hahaha..
2 comments:
seriusly baeknya pakcik tu.
ilmu baru tu.
akak pun tak tahu kena tekan button lain dulu.
@haslina memang nasib baik pakcik tu menolong. kalau nak harapkan akak cleaner petronas tu, memang lama lagi la bertapa kat tempat pam angin tu. hahaha
Post a Comment