Thursday, December 22, 2011

gemuk

yes, aku memang maintain gemuk.

anyway, nak cerita pasal kes semalam. ada club punya exhibition di block aku ni. semua club yang berdaftar dengan bahagian student's affair, buka booth masing-masing. promote tambah ahli, pameran, etc.

ada satu booth, namanya running booth. student yang jaga booth tu, approach aku dan officemate aku untuk join club diorang dengan ayat camni "akak, akak nak kurus tak. join club kitorang. sebab akak ni gemuk. so, boleh kurus tanpa makan pil". officemate aku terus jawab "hey, you tak pernah jumpa miss aliaa ye sebelum ni. dia dah kurus banyak tau tak". aku pon sambung jawab "awak slumber cakap orang gemuk macam ni, memang takkan ada orang yang akan join club awak". terus kawan kepada student tu, yang merangkap student aku back up aku dengan marah balik kat student tu.

aku tak marah pon orang cakap aku gemuk. sebab kalau ikut BMI memang kategori gemuk / obese pon. masih tak dapat lagi nak cakap BMI ideal. tapi, cara dia approach tu memang agak menyentap hati. aku yang dah biasa kene keji sebab gemuk, tak de lah ambil hati sangat. tapi, kalau orang lain? kalau orang yang bersalin dan tak berjaya turunkan berat badan kepada berat badan asal sebelum mengandung? kalau orang yang memang berketurunan gemuk? kalau orang yang memang cita-cita nak jadi gemuk? kesian kan kat diorang-diorang macam tu.

so, kalau gemuk tu tak cantik ke? gemuk tu tak cute ke? orang kurus pon belum tentu cantik. orang kurus pon belum tentu cute. paling penting, orang kurus pon belum tentu sihat. kan?

10 comments:

Anggerik Berduri said...

amboi, sdap btol mengata kan bdak tu. meh nk cili mulut die. org gemuk pun cantik lah. in fact zaman leornado da vinci, orang gemuk lah yang jadi model sbb lebih berseni. hahahahaah

Momoe said...

Musti die bajet fit
-tqa-

aliaaroslan said...

@Anggerik Berduri marilah kita berdaftar menjadi model.

memang bermulut puaka masing-masing diorang tu.

aliaaroslan said...

@Momoe bajet fit atau tahan nafas buat buat nampak fit.

Syaliza Abdul Rahman said...

kurus pun belum tentu boleh diharap or ditumpang. itulah dunia, ukuran luaran ajer ...

i am an adorable, horizontally challenged woman. u can't handle me! ahaks!

aliaaroslan said...

@Syaliza Abdul Rahman payah cakap dengan orang yang perasan bagus dan kekonon fit macam diorang tu. huhu.. abaikan aje watak2 camtu, kan kak sya..

Syaliza Abdul Rahman said...

betul ... dia tak akan faham. belum sampai masanya utk dia faham ...

aliaaroslan said...

@Syaliza Abdul Rahman harap2 dia akan faham soon :)

haslina said...

huh...sudah penat menerima statement GEMUKNYA KAU NI.

betul tu Alia. yang penting ialah sihat dan bertenaga.

p/s bukannya kurus macam batang mancis. kepala besar.

aliaaroslan said...

@haslina kurus kalau tak sihat dan tak exercise, makan tak jaga, tak guna jugak kan kak.

diorang senang cakap since tak mengalami masalah kegemukan.