Sunday, June 5, 2011

jelajah malaya : melaka - 3 - makan

salah satu tempat yang izzat bawak aku pergi makan ialah kedai mak cik garang di alor gajah. kenapa panggil mak cik garang? sebab mak cik tu suara dia tegas dan garang. tapi makcik tu baik aje. kuey tiaw goreng dia sedap. lupa pulak nak ambil gambar kedai dan makanannya sebab dah kelaparan. eh.

lepas tu aku belajar makan tom yam cheang mai kat restorang borahan, lendu. sedap rupanya tom yan cheang mai. nanti nak kene carik lah. kat area kajang ni mane nak terkam ye?

of course wajib kami melawat kedai / cafe tiqa di masjid tanah. kebetulan masa aku, izzat dan azu (afficemate izzat) pergi cafe tiqa, cheese cake dia baru siap. pergh. of course kami tak melepaskan peluang nak mentekedarah di situ. muffin, cupcake, tart nenas, etc termasuk bun-bun. semua ada dan sedapppp!

tak sabar kami nak makan cheese cake itu!


tokei kedai - tiqa

lagi tempat lain ialah di area masjib tanah jugak. izzat kata dia dan member-member dia panggil kedai tu Sawit. sebab kat tengah-tengah ladang kelapa sawit. semua jenis makanan ada. dari nasi arab, bakso, satay, sampailah ke rojak, tahu bakar, etc. sedapppp!!!




tak ketinggalan, burger pak cik gigih. eh, ke pak cik cekal ye diorang panggil? sebab pak cik tu dia buat pemberat sendiri untuk tekan daging daging burger tu. pak cik tu cakap, dia letak pemberat tu untuk keluarkan minyak dari dalam daging. serius berat setiap satu pemberat tu. almost 2kg. setiap sekeping daging pakcik tu letak 3 pemberat. serius keluar segala macam minyak. 


smart tau pak cik tu
walaupon aku baru lepas lunch, tapi duk bercerita pasal makan ni membuatkan aku lapar pulak. eh.

7 comments:

noname said...
This comment has been removed by the author.
DrNotts said...

miss, awak senyum sejibik macam hyun bin punya lesung pipitlah. memang comel!

haslina said...

pernah lalu 'sawit' ni masa hari Ahad bulan. terkejut gak tengok banyak keta tepi jalan. tapi tak berenti makan pun. patutlah ramai orang.
ada tempat makan sedap rupanya.
;)

DrSinga said...

yang tergantung gantung tu pemberatnya eh??

aliaaroslan said...

@DrSinga

aah, berat you all

aliaaroslan said...

@haslina

boleh tahan sedap makan kat sini kak.. lenkali boleh akak singgah..

aliaaroslan said...

@DrNotts

hyun bin punya lesung pipit yang macam me punya. mwahahaaa