Sunday, June 5, 2011

jelajah malaya : melaka - 2 - air panas gadek

hoi, lembab betul nak update cerita ceriti melaka ni. maklumlah, buat-buat busy. eh?

anyway, kami gegirl ialah pergi ke air panas gadek, salah satu malam yang aku melepak jalan-jalan di melaka.

by the way, gegirl ialah aku, izzat dan tiqa. izzat sebagai pemandu pelancong yang berjaya menjadi supir sekaligus drive kami ke tempat kejadian. kami dah siap-siap pakai baju nak berendam dalam kolam air panas tu.

izzat

tiqa


kitorang kene bayar sorang RM4. kau nak duduk tak nak balik rumah pon boleh you all. dia bukak 24 jam.

well, gambar-gambar aksi rendaman kami tak ambil pon. of course menghormati privacy semorang yang ada skali kat situ. ada banyak kolam dengan pelbagai tahap kepanasan airnya. kami lepak kat satu kolam yang boleh tahan panas air dia dengan 2 orang budak perempuan lain. aku dengan tiqa dah berkuak-kuak dah berendam sakan. izzat aje yang tak tahan panas. dia duk siram-siram aje.

settle kami puas berendam segala, kami tukar baju dan bersiap nak balik. sebelum tu, kami ronda seluruh tempat tu tengok bende-bende yang menarik. tempat tukar baju dia pon selesa dan bersih.

amek kau!









efek kepada aku, rasa badan sangat fresh.

efek kepada tiqa, kepala sedikit pening.

efek kepada izzat, kelaparannnnnn!


sebelum sampai rumah izzat, kami singgah beli berger kat pakcik tekun. kenapa tekun? nanti ada bukti kenapa.

2 comments:

Dr Singa said...

tekun ke..gigih ke... cekal????

aliaaroslan said...

@DrSinga

gigih pakej dengan cekal..