Thursday, June 9, 2011

hantaran

aku pernah cerita ke yang aku ialah allergic sabun mandi jenis liquid?

selama ni aku tak tau pon kulit aku allergic sabun jenis liquid. so dah dekat 10 tahun aku ialah belasah pakai sabun liquid. dari kat hengland dulu, sampai masuk uitm, upm, kerje bagai, outstation, conference, present paper, site visit, camping, hiking, etc. semua aku blasah guna sabun jenis liquid. lagipon sangat senang nak masukkan dalam beg toiletries kalau kene outstation kan.

tiba-tiba, balik dari UK baru ni (2 bulan dah, kira baru kah?) aku menggatal dan saje testing pakai sabun mandi jenis sabun buku tu. kulit lengan aku ni memang dah lama gila ialah sedikit macam menggerutu + kurang licin. tapi lepas seminggu guna sabun jenis buku, dah berkurang banyak menggerutu tu. skrang dah settle semua. licin bagaikan kulit gembo-gembo. ok, aku tipu. mane lah ada kulit oran tua selicin kulit baby ye tak. tapi memang licin lah. yup, aku pakai body lotion jugak kat kulit aku (cocoa butter jenis lotion).

maka, aku membuat kesimpulan yang aku hanya boleh pakai sabun mandi jenis sabun buku. itulah hasil keputusan experiment dari scientist yang tak bertauliah ni.

satu lagi experiment yang aku buat ke atas diri aku sendiri ialah pasal deodorant. masa kat uitm, semua roomate aku pakai deodorant. lepas tu pulak, semorang dalam rumah ni pakai deodorant (Manja dia mandi deodorant tu), aku pon tergediklah nak pakai jugak. maka, masa kat uitm, aku saja testing pakai deodorant jenis yang member-member aku pakai. mula-mula aku pakai nevea jenis spray punya. lepas dua tiga hari, jadi gatal ketiak pulak. aku sebagai penggatal yang tegar telah menggaruk sampai melecet. padan muka sendiri. aku ingatkan aku allergic yang jenis spray punya. so aku tuka kepada roll punya dan tukar brand jugak. sama jugak kejadian. dan, kejadian yang sama jugak terjadi bila aku pakai deodorant jenis stick punya. tapi, bila time aku tak pakai deodorant, aku tanya Latifah, apekah badan aku ada mengeluarkan bau. dia kata takde. so, sekali lagi aku telah membuat kesimpulan bahawa diri aku ialah allergic pada mane-mane jenis deodorant dan tak perlu pakai deodorant.

pergh, murah sungguh nak maintain aku kan. sabun pon pakai sabun buku. haritu aku beli brand palmolive, 3 ketul ialah RM2.50. kalau nak beli yang jenis body shop pon, paling mahal aritu aku tengok RM10 seketul, compare to yang liquid punya RM25.00 sebotol (tak ingat berapa ml).

so, nanti barang hantaran kahwin aku, kalau nak kasi set mandian ke hape, konfem lah murah kan. lepas tu, aku rasa barang hantaran yang letak atas dulang tu kalau letak kasut, handbag or baju, macam cliche pulak. sama aje, semorang buat camtu (i mean almost semorang).

so, hasil dari borak-borak dengan kakak-kakak kat office pagi tadi, diorang kata camni "kau tak yah mintak handbag-kasut-makeup bagai.. kau mintak aje ipad2, iphone or mane-mane handphone yang canggih manggih, camera digital (since aku tak minat dslr) dan ape-ape la yang sewaktu dengannya". then aku jawab "aah la kak. aku kan memang suka gadjet-gadjet ni. boleh la mintak skali ipod baru". lepas tu terus kitorang gelak-gelak sambil diorang masih ejek aku sebagai low maintenance. eh???

0 comments: