Saturday, June 4, 2011

berani ke tak?

semalam masa borak-borak pasal kawen mawen dengan budak-budak tu, saje la gatal duk tanya diorang, dah ada gf/bf ke belum, yang ada tu bila nak kawen, etc. pastu si wahib cakap, mak dia suruh dia kawin cepat-cepat. mak dia tak berapa sihat. so mestilah mak dia nak tengok dia naik pelamin dulu secepat mungkin. so aku tanya, dah ada calon ke? dia kata, dia ada minat sorang kawan lama dia, kawan dari sekolah lagi. dia pernah ajak bercouple dengan budak perempuan ni. tapi budak perempuan ni kasi alasan, tak nak couple sebab tak nak jeopardize the friendship. wahib kata kat kawan dia, marilah kita try. kalau ada chemistry, kita teruskan lagi. kalau tak, at least kita cuba. tapi budak perempuan tu masih tak nak, up until today. so wahib kata dia nak cari calon lain. mak dia ada calon untuk dikenalkan. tapi wahib tak minat budak perempuan tu atas beberapa sebab.

senang cerita, aku pernah berhadapan situasi lebih kurang macam wahib. aku yang approach lelaki tu ok. pergh, berani sangat aku kan. lelaki tu kasi alasan yang lebih kurang sama masa menolak aku, iaitu tak nak hancurkan friendship kalau ape-ape jadi kat perhubungan tu.

well, kalau tak cuba approach, kalau tak cuba untuk couple / berdating, macam mana kita nak tau outcome dia positive or negative kan? i think i've done my part. in terms of usaha dan approach. tapi memang takde rezeki di situ.

alah, cerita lamaaaaaaaa dulu you all.

ha, DrNotts nak balik lagi minggu depan. aku ada berapa hari lagi nak carik boyfriend ni..

1 comments:

tasekM said...

dapat sok bgtau ye...




.