Tuesday, May 11, 2010

ape daaaa...

masa form 1 dulu, cita-cita untuk masuk maahad kajang dah termakbul. maklumlah, dari kecik sampai lah darjah 6, memang cita-cita aku ialah bila masuk sekolah menengah nanti nak masuk maahad.. ayah aku memang mengajar kat situ dari 1984 sampai 1996, then die berenti kejap pasal sambung belajar. then masuk balik 1999. kenapa nak masuk sekolah tu? sebab aku rasa cool aje sekolah tu.. masa tu la aku rasa cool kan.. mana taknya, kalo balik dari sekolah rendah agama kat sungai ramal dalam tu, konfem ayah aku akan amek aku dari sekolah, then bawak pegi padang maahad, pasal tetiap petang ialah ada training bola sepak. bapak aku kan coach bola sepak maahad tu. kira legend la pasalnya menurut cerita ceriti dari abang-abang senior maahad tu, kira bapak aku la orang yang bertanggungjawab menaikkan maahad di arena bola sepak sekolah menengah sampaikan sekolah-sekolah menengah lain kat daerah hulu langan dan selangor gerun dengan dengan maahad.. masa tahun 1985 - 1989 kitorang sekeluarga duk kat rumah warden asrama lelaki maahad tu. so practically abang-abang senior maahad tu ialah rakan sepermainan aku. diorang la yang teman main bunga api [walaupon bukan musim raya], diorang la bawak aku jalan2 tolak dalam stroller dan diorang jugak la pembeli setia nasi goreng / mi goreng / mihun goreng / ape-ape la yang mama aku masak untuk dijual kepada diorang melalui tingkap rumah warden tu.. kenapa diorang beli? pasal laparlah. kata athlete sekolah kan. makan kat dewan makan mane lah cukup.

so memang aku dibesarkan kat maahad, suasana maahad, dengan abang-abang maahad. ye, abang-abang ye. dah pasalnya bapak aku ialah warden asrama lelaki. takkan cikgu lelaki jadi warden asrama perempuan kan. apekejadahnye lah pulak kan.. so memang aku ialah sangat sangat sangat nak masuk maahad. pasal aku tengok sekolah tu macam penuh disiplin. smart aje tengok abang-abang tu pegi sekolah dengan songkok, seluar ada site tajam sehingga boleh melukakan jadi, baju putih. akak-akak pulak dengan bertudung labuh, ayu sungguh jalan dengan penuh santun. aku rasa cool gila lah..

so bila dah darjah 6, semangat gila study the hardest la nak dapatkan 4A [zaman tu 4A lagi].. pegi tuisyen segala, buat latihan siang malam. bila keputusan keluar, alhamdulillah dalam 4A, so dengan penuh bersungguh-sungguh isi borang SPB n borang SMKA. tunggu punya tunggu, keputusan SBP dan SMKA pon keluar. masa zaman aku tu, kalo ko dapat SBP, ko takkan dapat SMKA, dan vice versa. pasal masa tu terlalu ramai sangat yang dapat 4A. so aku antara yang bertuah dapat masuk maahad.. by the way, maahad ni asrama harian. kalo rumah ko jauh, ko boleh duk asrama. rumah dekat, ko duk rumah sendiri aje. tapi pasal bapak aku ialah warden maahad setelah sekian lama, slumber aje warden tu kasi aku duk asrama walaupon rumah aku ialah kat taman sebelah country height, yang sebelah maahad tu..[boleh imagine tak?]

13 January 1997, aku dengan mama n ayah pegi ke maahad untuk register. jadi budak form 1, jadi junior balik kan so neves tak pasal-pasal lah kan.. haha. masuk asrama, melalui minggu orientasi. seminggu yang "hell" masa orientasi. besalah, kene buli + ragging + tak cukup tido, etc.. yang tu nanti citer lenkali la ye. aku cakap "hell" pasal orientasi tu time bulan puasa. ye, bulan puasa.

kalo duk asrama ni, kalo bulan puasa aje yang boleh balik tetiap minggu. bulan lain seminggu sekali aje. so masa minggu akhir bulan puasa tu, tak dibenarkan balik sebab minggu depannya ari rabu dah start cuti raya. so itu ialah weekend pertama n terakhir aku berbuka puasa di asrama. pasal tahun lepas2 tu ialah berbuka di rumah. pengalaman yang tak dapat dilupakan? bila abang-abang mirwana [masa tu glamer habis lah kan] dengan abang-abang form 5 jadi wiring man + engineer, diorang pasang speaker kat asrama putera dan puteri, dengan controller kat bilik gerakan asrama putera dan diorang buka lagu-lagu raya dengan lagu-lagu nasyid, sambil-sambil tu diorang amek request dari budak-budak asrama. so berDJ2an lah abang-abang tu.. satu request 50 sen aje.. murah.. aku anta 1 request, untuk suma kakak-kakak dorm aku. time tu aku sorang aje budak form 1 dalam dorm tu. lain2 suma senior - kak fairuz + kak ina (form 5), kak ezin + kak zatul (form 4), kak harizah (form 3), kak wawa + kak kasyah + kak marini + kak rosni + kak diana (form 2). eh, apesal aku ingat diorang suma ek? hahaha... setahu aku, itu lah weekend pertama dan terakhir yang senior buat request2 lagu tu. lepas2 tu aku tatau la pernah ada buat lagi ke tak. pasalnye lepas tu budak2 perempuan tukar ke asrama blok baru, yang nun jauh kat penghujung dunia. masa yang ni asrama putera n puteri hanya dipisahkan oleh dewan makan.. so memang boleh la nak buat wiring terhebat kan.

lepas dari tu, macam biase, pegi sekolah balik sekolah, kene rangging lagi, kene buli etc walaupon diorang tau aku ni anak cikgu. tapi aku pedulik hape. lagi diorang buli, lagi la ku buat hal. mwahahahaaa.. sampai la akhir tahun masa form 1 tu, itulah rutin kehidupan kat asrama.. lepas exam akhir tahun, senior form 4 ada buat program naqib + naqibah (abang n kakak angkat ape ntah). then diorang bagi2 kan kitorang (budak form 1) kepada beberapa kumpulan. satu kumpulan ada campuran budak putera n puteri, then ada sorang abg form 4 - abg najib(naqib) n sorang akak form 4 - kak khai (naqibah) sebagai fasi. pengisian? haruslah keagamaan, banyak info2 berguna.. sepanjang program tu, kitorang macam kumpulan paling rapat la dengan suma ahli n kakak n abg naqib naqibah. last skali, kitorng menang kumpulan terbaik. mestilah ko akan ingat kan kalo ko jadi kumpulan terbaik. kalo ko jadi kumpulan tengah2, mesti ko tak ingat punya kan.

lepas dari tu aku jadi rapat dengan abg najib n kak khai. diorang berdua sama kelas, kelas pengajian islam. so next year nya (1998) aku pon naik la ke form 2. masa form 2 ni aku dapat masuk kelas ke-3 dari 6 kelas. anak cikgu lain suma kelas pertama. aku sorang aje kelas ke-3. pemalas kan.. feeling2 senior ke? tak langsung.. niat nak buli balik budak form 1 yang baru? takde pon, tak hengennn.. kenapa? kenapa aku nak buang masa aku buat bende2 tak berfaedah tu aje.. hahahaaa.. kebetulan, aku sedorm dengan kak khai tahun tu. paling tak sangka, satu aritu lepas kitorang balik dari sekolah, kak khai kata abg najib kirim salam kat aku. kata lama tak dengar kabar aku sepanjang cuti sekolah. ape kejadahnya cuti2 sekolah ko sibuk nak tanya kabar kan. kata cuti, cuti la puas2. aku pon dgn slumber cakap "oh, yeke.. kata kat die aliaa ok aje n kirim salam balik ek..".. pastu kak khai dengan sportingnya cakap "ok. esok akak bagitau die"..

dan bermulalah bersahabatan baik antara aku dengan abg najib. bukan cinta-cinta ye. lebih kepada abang-adik, lebih tepat lagi die jadi cikgu bahasa arab aku.. lepas dari adegan kirim-kirim salam, tulis-tulis surat pulak.. hahahaa.. tapi takde unsur-unsur or ayat-ayat cinta yang digunakan. lebih kepada "aliaa sihat ke? kerje sekolah suma boleh buat? minggu ni balik rumah ke?" etc.. bosan tau kalo baca balik skrang ni.. then paling best, die tanya "aliaa nak abang tolong ape2 ke?". mwahahahahaaaa.. sapa posmen kitorang? haruslah kak khai yang sporting itu.. slumber kan.. tapi serius, time tu takde rasa ape2.. suka aje sebab ada orang kasi surat kat kita, tak kira la sapa kan.. hahaa.. mengada! so bila die dah tanya nak tolong ape, aku pon reply balik "aliaa lemah gila dalam bahasa arab. cane nak pandai ye?".. ha, jeng jeng jeng.. esoknya, kebetulan aku ada kelas komputer. so kene turun ke computer lab lah kan. aku seperti biase peserta akhir turun. then ada budak2 lelaki kelas aku jerit kata "aliaaaaaaa.. abg najib nak jumpa kauuuuu".. pastu aku rasa macam "eh, biar benar"- cakap dalam hati la weh.. bila aku sampai depan lab, memang betul die tengah tunggu aku kat depan lab computer kat bawah pondok. aku berdiri aje kat situ. tunggu ape die nak cakap. dalam hati kata "apehal die ni. takde kelas ke. slumber kuar kelas". lepas suma budak dah masuk kelas, tinggal die, budak laki kelas aku tu n aku aje. budak laki kelas aku tu die berdiri jauh sket la dari kitorang. syarat la untuk tidak menimbulkan syakwasangka dikalangan rakyat lain kat maahad tu. kata sekolah agama kan..

abg najib : aliaa tak faham yang bahagian mana yang bahasa arab tu?
aliaa : erm erm erm.. banyak jugak.. nahu, etc. pastu cane la nak hafal suma perkataan2 tu. 
abg najib : abg boleh tolong. nak tak?
aliaa : ha? [muka terkejut]. cane?
abg najib : petang ni aliaa datang kelas abang masa prep petang. nanti abg boleh ajar
aliaa : ok. pukul 3.30 la ye. bawak kawan boleh tak?
abg najib : mestilah boleh. kawan2 abg pon ada skali..

lepas dah babai2, aku masuk kelas computer, semorang tanya "aliaa, bila masa ko baik dengan abg tu ha? abg tu dulu jahat tau, etc etc etc..".. aku diam aje.. maleh layan..

so petang yang bersejarah tu, aku n member aku sorang (ummi) pegi la kelas 5 PI (pengajian islam).. dalam tu ada lagi abg2 n kakak2 lain tengah prep (buat homework, etc). tapi abg najib slumber aje ajar aku kat papan hitam. member2 die suma buat tatau aje, siap support lagi aku nak belajar n suruh aku belajar sungguh2. diorang kata abg najib ni paling pandai dalam kelas tu.. yeke? buktinya die pelajar terbaik aliran sastera SPM 1998.. sepanjang tahun ler aku berprep petang kat kelas form 5 PI. so tahun tu (1998) aku rasa tahun paling best kat maahad sebab dapat kenal orang yang paling baik skali [aku rasa la].

so macam biase, tetiap tahun calon SPM akan ada oral BM n BI kan. kebetulan tahun tu, mama aku jadi panel untuk oral BI. bila sampai turn abg najib aje, mama aku saje borak2 dgn die. oh by the way, mama n ayah aku tau ye aku baik dgn abg najib ni, bukan sekadar underground. mama aku cakap die baik..

salah satu acara wajib tahunan kat maahad adalah hari anugerah ko-ko. so masa hari tu abg najib ni datang gerai aku, beli ape ntah. then mama aku n adik beradik aku datang n borak2 dengan aku n abg najib. lepas event tu, aku balik asrama. sampai aje kat dorm, ada sorang akak form 3 panggil aku, die kata ada member die nak jumpa aku. so aku ialah seorang diri pegi dorm akak-akak tu. sampai aje, aku berdiri n akak 2 orang tu duduk sambil ngadap aku. terus die tanya aku [ala2 soal siasat]:

akak form 3 : ape hubungan awak dengan abang najib? [gila aku nak tergelak ok! tapi haruslah control..]
aku : takde ape. biase aje
akak form 3 : habis tu kenapa mak awak jumpa abang tu
aku : saje borak2 aje. aritu mak saya yang jadi parel oral BI die
akak form 3 : awak ada bagi2 surat kat abg najib ke
aku : takde [menipu!]
akak form 3 : serapat mana awak dengan abg najib?
aku : tak rapat pon [menipu lagi]

itu la antara dialog2 yang aku akan ingat sampai bila2. lepas dari tu aku tulis surat kat abg najib, citer pasal adegan kne soal siasat tu [pengadu mengadak ye] then abg najib kata die memang selalu dapat surat dari kakak tu. tapi die tak pernah balas. dengan sungguh-sungguh die cerita kata kakak tu kata minat kat die, tapi die tak layan. pastu abg najib cakap lagi dengan aku yang kalo dapat surat dari kakak tu, mesti die akan bukak dengan kawan2 die n baca dengan kawan2 die.[nakal jugak abg najib ni kan] tapi kalo surat aku die baca sorang-sorang aje [yeah rite!].. oh, terharu ye ai!

lepas dari tu die exam SPM, then kitorang contact2 melalui telefon aje lah. calling2. die call aku, aku call die [gatal lagi].. sampai aku naik form 3. resutl form 2 tak berapa best, so aku turun dari kelas yang ke-3 ke kelas ke-4 (dari 6 kelas semuanya). result bahasa arab? naik sikit.. nampak sangat aku ni memang tak pandai bahasa arab kan. dah dapat private tuisyen dgn abg najib pon naik sikit aje.. nasib naik jugak. kalo menurun lagi, agaknya abg najib yang terguling2 tension. haha..

seperti yang diceritakan, abg najib dapat best student kan. so masa hari penyampaian hadiah tu, die datang. kitorang pon jumpa setelah sekian lama tak jumpa. borak punya borak, die dapat offer sambung belajar kat UIA, course Ilmu Wahyu. nama course pon sunggu keagamaan.. oh, budak2 maahad memang kebanyakan masuk UIA. ada la dua-tiga kerat yang masuk tempat2 lain termasuklah UiTM, UPM, UKM, etc.. lepas dari tu kitorang jarang2 contact. die kat UIA kan. aku pulak kekonon concentrate nak PMR. tapi dalam pada tu, ada jugak sekali sekala calling2 bertanya khabar. die dah masuk U kan, mane lah nak layan budak sekolah lagi. pulaknye budak sekolah yang bebal nak diajar bahasa arab macam aku kan. pulaknya salah sorang budak kelas aku ialah kawan kepada adik abg najib ni. member aku ni ada cakap yang adik abg najib selalu tanya pasal aku la, hape la.. wah, glamer jugak aku kan.. hahahaaa..

lepas dari PMR, [nasib aku dapat B ye untuk bahasa arab], naik form 4, aku dapat masuk class sains. time ni memang dah lost contact dgn abg najib dah. aku kurang bercakap dengan budak lelaki pasal asal aku bercakap aje, balik asrama konfem kene ceramah dek akak2 senior kan. bukan semua yang macam tu, ada la watak2 tetap yang macam tu. so aku ambil keputusan utk tak bercakap lah dengan budak lelaki. bukan pasal aku takut kat kakak senior, tapi pasal aku malas nak dengar diorang membebel mengalahkan ustazah warden. even dengan budak kelas pon aku just cakap bila perlu aje. sampai lah aku nak ke UK, aku masih lost contact dengan abg najib. terkilan aje sebab die pon takde usaha nak contact aku, just as frens u know? alah, abaikan aje kan..

then aku pegi UK, then balik malaysia, masuk uitm, bla bla bla, jumpa balik member2 lama sekolah rendah n maahad, etc. tetibe satu ari tengah aku lepak2 dengan geng2 sekolah rendah [ada jugak geng sekolah rendah yang sama masuk maahad dengan aku], tetibe iwan hasan [lebih dikenali dengan iwan tempe masa sek rendah dulu] tanya aku bende yang menarik:

iwan tempe : lia, ko ingat tak najib?
aku : najib mana? beratus najin aku kenal ni [exaggurate kan, padahal aku kenal 2-3 orang je]
iwan tempe : najib maahad
aku : batch mana?
iwan tempe: batch shukri tumin, suma tu la
aku : oo. yang masa kte form 1 die form 4 ek?
iwan tempe : aah.
aku : eh, cne ko kenal die. ko kan masuk maahad masa kite form 4
iwan tempe : aku kenal member2 die. aritu baru jumpa die skali masa lepak2.
aku : oo.. patutla. heran gak aku cne ko kenal die
iwan tempe : ko nak no fon die tak?
aku : boleh gak. ape cer die ek skrang?

bla bla bla.........

so satu hari tu aku testing call die..

aku : helo. assalamualaikum. ni abg najib ke?
die : waalaikumsalam. ya. siapa ni?
aku : ni aliaa
die : ooo. aaa, ape kaba?
aku : kenal ke? ni aliaa roslan
die : ye, tau. kenal suara.. [watttt?????]
aku : ooo. baik aje. abg najib ape kaba?
die : baik aje. minggu depan nak bertunang dah [eh, tak tanya pon]
aku : ooo, tahniah. kerje ok?
die : ok aje.. bla bla bla

[lain2 dialog aku tak ingat.. tapi cakap kejap aje pon pasal die mcm tak selesa aje. pehal kan? bukan aku nak ajak ko pegi memane pon]

lepas dari tu, tak pernah lagi contact die or dengar khabar pasal die lagi. ape khabar ek? konfem dah kawen kan? brapa orang anak dah? ape-ape pon, thanks to him, ada lah chapter menarik dalam salah satu chapter kehidupan aku kat maahad dulu. takla bosan aje kan.

4 comments:

Mak Su said...

salam skodeng :)

john said...

alia rosalan,,
aku boleh katam citer ko ni. tahun 98-2000, selalu p maahad sbb adik perempuan aku belajar sana. junior ko kot. dan explaination ko pasal contry height etc, buatkan aku rindu mesia, like hell. bukan homesick, tp tmpat jatuh lagikan dikenangkan, ni lak tempat berdating..haha

haslina said...

itulah akak ni penakut duk asrama..takut kena buli...tp sebenarnyer buli2 inilah mematangkan kita...klu buli cara baik lahkan..

x pelah alia..at list dapat menda2 baik dr mamat tu..pengalaman waktu sekolah...kan..

cian...anak cikgu pun kena buli...'jahat' diaorang ni...

julie^beth said...

maksu - thanx for stopping by

john - terharu aku ko katam citer ni. aku duk mengarang berjam2. tempat berdating? country height tu tempat aku nak feeling2 kaya sket.. haha.. kirim salam adik kau, yang mungkin junior aku tu..

kak has - diorang bukan kira anak cikgu ke hape. selagi dapat buli, terus aje diorang buat. tambahan pulak anak cikgu yang tak reti mengadu ni.. hehe