Sunday, July 26, 2015

Makan-makan Syawal dan morning thinking

Semalam, ada beberapa tetamu datang rumah beraya. Adik beradik datang - maisa and family, mamat, widad and kenu, and alim. Cikgu Roslan pon datang jugak. My friends from PBSM UiTM dab my x-student from UPM. 

Macam-macam aku masak. Tapi simple-simple je. Yang aku masak, speghetti bolognase, nasi lemak biasa. Ada lauk tambahan yakni rendang mama resipi nenek sungai kantan, goreng drummet ayamas, panaskan karipap ikea yang ditapau dan difrozenkan dalam freezer. Pastu maisa bawak roti canai (lupa nak ambil gambar). Aku buat air teh o ais dan air sarsaparila kordial. 


Tapi serius la adik beradik aku semua membantu, dan elok duduk je tolong layan tetamu sekali. Widad tolong basuh dan top up cawan pinggan, kenu tolong settlekan hal ehwal air dan sempat runner pegi kedai beli ais dan timun tambahan. Maisa tolong hidang-hidang, sediakan cawan dan piring untuk air panas dan kemas-kemas. Zul tolong beli ais, kordial (sebab rupanya kordial aku kat rumah dah expired), dan buang sampah berapa round, alim tolong datang awal-awal, ambil botol mineral aku dan balik refillkan mineral water kat rumah mother dan datang balik cepat-cepat. 

Lepas geng cikgu roslan balik, kawan-kawan aku pon sampai, just nice timing diorang. Mula-mula helmi sefamily sampai - dengan wifenya aini (budak pbsm jugak, super junior kitorang) dan damia comel. Tengah helmi makan-makan, ili dan adiknya iza pon sampai. Kami makan sambil borak. 


Lepas tu helmi gerak ke open house seterusnya, ain dan family pon sampai. Tapi lupa betul nak snap gambar ngan ain dan family nya. Ada gambar bawah ni je, ain snap gambar aku dengan anak-anak dia, aina (kiri sekali) dan alia (sempena nama aku- yeah baby!).


Kami borak-borak macam macam, maklumlah lama gile tak jumpa. Lepas diorang balik, aku just kemas sikit-sikit, basuh pinggan mangkuk semua. Masa ni adik beradik aku semua dah serang rumah mother. Sofea paling busy nak jumpa grandma. Aku tak kemas habis sebab tunggu Bell, x-student upm aku yang masih on the way. Jem teruk di mana-mana katanya. 

Almost maghrib aku gi rumah mother. Borak-borak, teman mother buka puasa. Lepas aku solat maghrib, barulah bell call katanya dah sampai. Aku pon balik rumah aku. 

Aku pon dinner sambil teman bell makan, cerita ceriti macam macam, sampai jam 2pagi. Aku offer bell tidur kat rumah n balik esok pagi lepas subih, tapi dia tolak dgn baik sbb esok pagi dia nak keluar rumah awal. 

Pagi ni, gorebg speghetti ni untuk breakfast, alaa perut.


Harini ada dua open house nak pergi. InsyaAllah. 1 di sungai merab, dekat je dan 1 lagi di teluk panglima garang. Naik highway je. Moga-moga tak stuck dalam jem, insyaAllah. 


2 comments:

chanellove said...

i like the small aliaa! hahaha sebab she gave a kiss on the lips twiceeee wootwott comelllll

aliaaroslan said...

@chanellove yeah, i got the lip kisses too!!!