Disclaimer : Aku takde masalah dengan orang yang buat / berniaga MLM, dan bukan semua orang yang berniaga MLM (apa sahaja brand-dalam kes aku ni, dia jual Alken) perangai macam orang yang dalam cerita aku ni. Ini memang masalah orang individu ni yang aku akan panggil dia sebagai acik MLM.
Aku rasa aku kena blog kan jugak pengalaman aku ni. Kisahnya semalam aku pergi beraya kat rumah kawan aku, kat Teluk Panglima Garang. Ain ni kawan PBSM UiTM aku yang datang beraya kat rumah aku hari semalamnya, Sabtu.
Kami (aku dan ili) sampai di rumah ain, terus masuk salam-salam. Masa tu dah ada dah acik MLM ni kat dalam rumah ain tu. Acik MLM ni ialah officemate ain. Oleh kerana kami peserta kedua yang sampai (peserta pertama ialah acik MLM tu), so ada aku, ili, acik MLM, anak acik MLM dan ain dalam rumah tu. husband ain dan husband acik MLM ialah di luar rumah.
Masa nak ambil makanan, tetiba ain tunjuk message kat handphone dia berbunyi "orang ni jual alken, buat tak tau je la kalau tak berminat". Aku dan ili pon angguk.
Lepas dah ambil makanan, kami pon duduk bersila nak makan. Kami borak-borak pasa ada sorang junior pbsm yang kena cancer hidung - tekak, stage 3 yang tengah buat kimoterapi kat HKL. Duk cerita-cerita pasal cancer and all, tetiba acik MLM ni cakap "ha, tu lah timie (nama penuh ain), orang camni yang kita nak tolong". Masa ni dalam hati aku, eh, dah mula ke adegan acik ni. Pastu dia cakap lagi "ha, saje lah nak cerita kan. kawan akak tu haritu masa jumpa dia, hidung nya asyik meleleh je dengan darah. asyik berganti tissue je. penuh bakul sampah tu dengan tissue dia je. lepas dia minum air tapis alken tu, terus esoknya berhenti".
aku anggung-angguk je, sambil fikir, eh, itu kes hidung berdarah. yang junior aku ni kanser. ape kena mengena. ok, takpe. kita dengar aje. sambil tu kami borak lagi pasal junior aku tu.
ain tanya lah kitorang, "ha, ok tak rendang ain masak ni? first time ain masak rendang ni". Terussss pantas acik MLM komen "boleh la. kurang kerisik la". Aku tergezut kau. kalau acik MLM tu chef, nak komen camtu takpelah jugak kan. well, takpe takpe. kita wait and see permainan dia. Pastu acik MLM tanya aku "ha, camne rasa rendang tu?". ahhaaaa silap soalan lah. Aku pon jawab "sedap je saya rasa, saya memang suka try makanan baru dan saya rasa setiap rumah ada resipi dia sendiri". Amekkawwwww tapi still jugak lepas tu acik tu cakap "tapi tu la kan, memang kurang kerisik". Apelah kejadahan, kau datang rumah orang, komen sikit-sikit sudah. Kalau aku, memang tak pernah komen masakan orang, kecuali kalau aku rasa makanan tu dah tak elok / basi, baru aku cakap, itupon bukan depan seisi rumah la... cakap bisik-bisik sudah kan...
Aku pulak makan pecal dah masuk round ke-2. Pastu acik MLM tu tanya aku lagi (aku duduk sebelah dia, ain dan ili depan kitorang)...
Acik MLM : Kerja apa?
Aku : Saya pensyarah.
Acik MLM : Awak pon sama? (tanya kat ili)
Ili : Tak, saya bukan pensyarah.
Acik MLM : Umur berapa?
Aku : Saya 31.
Acik MLM : Sebaya ke korang?
Aku : eh tak, diorang junior saya, muda remaja lagi
Ain : Saya junior Kak Aliaa, Ili pulak junior saya
*semorang makan makan makan*... tetiba...
Acik MLM : Haaaa tu la awak ni (tengok kat aku), muka dah cantik, kerjaya dah bagus, badan je gemuk. Taknak kuruskan badan ke?
Kwang kwang kwang............
Ape korang rasa jawapan aku?
Cer teka
Cer teka
Cer teka....
Aku : Dulu berat badan saya 128kg. Sekarang 75kg. Saya rasa saya dah turunkan berat badan banyak dah ni.
Acik MLM : oooo camtu. *ambil tab dalam handbag BONIA dia dan tunjuk kat aku* ha ni downline akak, dia pakai korset Alken ni, macam yang akak pakai ni, dia pakai seminggu, turun 4 kg!
(serius aku rasa dia ni memang tepis je ape-ape info yang orang cakap kat dia. yang penting dia boleh promo dan jual barang dia).
Aku : oh, budak ni takde lah gemuk pun (sebab badan budak dalam gambar tu macam fasha sandha je aku rasa) dia nak pakai korset lagi nak buat ape.
Acik MLM : saje lah nak bagi kurus lagi
Pastu aku diam je. Malas nak tanya lagi or komen ape-ape.
Kami continue makan lagi dan tambah lagi dan borak sesama kami (aku, ili dan ain). Pastu agaknya dia rasa dia tak boleh nak penetrate market kat aku, dan dia pulak dah habis makan dan nak balik, dia pon terus minntak diri. Sambil salam dia hulur kad dia dan cakap "ni kad akak, akak pengedar barang alken, korset. filter air dan banyak lagilah barang-barang. kalau nak tau lebih lanjut nanti call lah akak. kalau nak buat side income pon boleh, bukan akak nak cakap ape, akak buat part time ni, income akak 9000 ringgit sebulan. nanti call lah ye".
Hadoilaaaa orang macam ni masih wujud!!! Sakit jiwa raga aku!!! Orang cerita pasal cancer dan kimoterapi, kau cerita pasal air alken yang boleh sembuhkan hidung berdarah. Orang cerita pasal makan, dia cakap aku gemuk dan suruh beli korset. Last last tak dapat jugak cucuk jarum, dia cerita income 9000 ringgit pulakkkkkkk.
Perghhhhh 9000 kauuu. Habistu, kalau dah income ko 9000, nape ko tak berhenti kerje je buat benda ni full time. boleh cukupkan income 20,000, boleh beli kereta baru bagai pastu tunjuk kat kitorang. Ini ko pakai jugak Kereta Waja tahun dulu-dulu.
Dahtu kalau income ko banyak sangat, nape nak kena promo kat open house rumah orang? Nape tak ko buat open house besar-besaran kat rumah kau sendiri, ha lepas tu kalau kau nak promom 3 hari 3 malam pon buatlah. Ini ko buat onar kat majlis orang. Pakkal lah aku kawan baik dengan tuan rumah. Kalau tak, boleh jadi putus kawan tau.
I have nothing against orang yang buat MLM ni sebab aku ada beberapa kali diapproach org MLM ni tapi caranya betul, tak menyakitkan hati. Ini memang menyakitkan hati. Memang aku gemok, kau takyah bagitau aku pon aku memang tau. Tapi perlulah itu cara kau nak promo kat orang beli korset canggih kau tu.
I have nothing against orang yang buat income dari MLM ni, sebab mungkin itu cara dia cari duit. Macam cara aku, I believe in kalau kau work hard, you will get more. Kalau aku malas, duit aku akan habis.
Tak faham. Serius aku tak faham.
6 comments:
i cannot brain this too! dia KURUS sangat ke???
@chanellove memang kurus, tapi kalau dah kurus, masih nak pakai korset lagi dah kenapa kan
Salam, datang sini fr dilurpak :)
makcik pun pernah di terjah dgn korset elken ni.....my answer is;
- i cannot breathe w d corset
- why pay 2K (for corset), just to tahan selera bila attend function g dah pasti ada mkn, nafsu mau tahan
Tak confident dengan badan sendiri? :))
@makcikkantin saya pun rasa part of it diorang tak confident dengan badang sendiri. in addition to that, mereka ni in denial yang kalau makan banyak, tak exercise pon takpe mesti tak naik badan. padahal, kena exercise and eat healthily barulah ok. and there can be cheat day for you too, macam contoh raya season ni kan kan... :)
OMG... sampai gitu skali dia promote... i mmg x leh pi ngan org mcm ni. dah la x kenal pon kan...
penah skali promoter tepon suh amik insurance yg bleh claim hospitalisation. and he just can't accept that i was not interested at all. last2 i ckp, i slalu masuk spital sbb i ada leukimia. terus dia letak tepon. huhuuhu :-P
@sweet tooth kadang kita terpaksa cakap camtu kan nak potong ayat dia. saya pulak bila dah 2 kali cakap elok-elok yg kita tak berminat, masuk kali ke-3, saya letak je phone terus. memang harsh la tapi diorang lagi harsh dari kita kan.
Post a Comment