Friday, July 10, 2015

Fushion and improvise

 Puasa pon dah hari keberapa. So far aku berbuka kat luar dengan kawan-kawan 3 kali aje. Lain-lain konfem balik berbuka kat rumah mama. Biasanya, aku dan mama take turn masak lauk. Kadang tu Semai datang berbuka dan konfem bawak lauk jugak.

Ada jugak hari-hari yang boring makan nasi, so kami akan goreng mihun, kuey tiaw atau speghetti. Then makan dengan lauk yang ada, baki semalam or ada yang masak baru especially sayur.

Macam yang gambar bawah ni, meehun goreng makan dengan bayam, kentang sambal, telur rebus dan begedil. Begedil tu baki dari mihun soto hari sebelumnya. Nampak tak pandai adjust di situ...




Yang makanan bawah ni pulak ialah nasi impit goreng, tempe goreng, bayam, kacang panjang dan tomato. Nasi impit aiman bawak, semalamnya makan dengan kuah koleh. Ha... penjimatan serta resipi baru untuk dicuba. Mamat tambah 3 kali hokey makan nasi impit goreng ni.









 Apa yang nak dimasak, bergantung kepada idea mama pada hari tu. Ianya juga boleh bertukar di saat 5 minit sebelum memulakan aktiviti memasak. Tapi sebab dah terel kan, setakat adjust sana sini, improvise bagai tu dah biasa. Heheheeheeee..

Amacam, terliur tak?

0 comments: