Wednesday, July 15, 2015

Semalam punya buka puasa dan moreh

Semalam, masak tak banyak. Just goreng bayan organic, yang beli kt kedai organic kat ikano. Lepas tu panaskan sambal terung yang masak kelmarin. Terung tu keras sikit sebab aku just bakar je dia haritu. So panaskan dalam kuali beberapa ketika. Lepas tu aku improvise ayam kari kering yang aku buat untuk makan dengan tortilla wrap minggu lepas dan udang goreng asam, aku sambal kering kan dua-dua tu campur sekali 1 kuali. Settle. Keluarkan ulam raja dan patah-patahkan kacang botong, both beli kat kedai organic kat ikano jugak. 

Kalau dah pergi ikea/ikano tersebut harulah wajib membeli stok karipap ikea tu. Semalam panaskan untuk berbuka sekali sebab takde buat cucur ape pun. 


Lepas dah terawih semua, pergi mamak Thaqwa dengan mother dan Alim. Finally dapat jugak tosei dan milo ais tabur. 


Yezza... Lagi 2 hari nak raya. Harini aktiviti membeli barang nak masak juadah raya. Ayuh!



0 comments: