Tuesday, January 8, 2013

congrats intan & meor

alamak, cerita ceriti Winter in Korea tak habis diceritakan lagi. kene postpone dulu since gambar kat camera samsung dan camera tu dah pass pada widad yang ada di Lendu sekarang. bukan London ye, Lendu, Melaka. so marilah kita meneruskan dengan cerita lain. kesian mother hari-hari tunggu aku update blog ni ha. dah bersawang 14 inci katanya. eh, tak. aku tipu. mother tak cakap camtu. aku je exaggerate lebih. 

anyway, lebih kurang 3 minggu lepas, aku attend majlis pernikahan dan persandingan one of my IUKL student.

ha, KLIUC dah tukar nama tau. IUKL. infrastructure university kuala lumpur. ok, selingan je ni.

so marilah kita layan gambar. majlis pernikahan intan & meor buat di rumah intan di seri putra ni. dekat sangat dengan rumah aku. actually aku hampir terlupa majlis nikah dia. nasib baik sorang lagi student, amanina ingatkan. oleh kerana aku dah terlambat bersiap dan tak sempat gosok baju, aku capai je ape-ape yang ada. maaflah colour coordination sangat fail.

cantik baju pengantin

left - right : earn, amanina, intan, aku

kitorang nampak sebaya tak? hahhaa, perasan kau Aliaa.

masa majlis nikah tu videographer dia ada ambil beberapa shot ucapan dari tetamu yang hadir. termasuklah dari aku. tak sangka pulak aku punya ucapan dipilih untuk final video yang show masa majlis persandingan. glamor acik kejap. huahuahuaaaa.

by the way, majlis bersanding buat di dewan felda perdana, KL. aku ajak atiqah temankan. nasib baik ada makcik tu. kami duduk semeja dengan geng iukl yang lain. well, kawan-kawan intan of course merangkan student2 aku jugak. memang serius terasa muda kejap. 






makcik, thanks temankan...








 kami tak sempat bergambar dengan pengantin pon. dahla baju dia lawa. sebab ramai gila tetamu lain yang beratur untuk salam dengan pengantin.

ape-ape pon, tahniah intan & meor. thanks jemput...

2 comments:

Dr Singa said...

dapat door gift apa tu...?

aliaaroslan2 said...

@Dr Singa vase / bowl kaca yang cantik sangat. saya letak candy (dalam entry harini)..