Wednesday, January 9, 2013

laptop rosak pon nak cerita...

alkisah... nak dijadikan cerita, setelah gigih bermain kutu dengan mengejoin geng mother di UPM, dan tambah duit aku sendiri, dapatlah aku beli laptop impian. dengan harapan dapat menaikkan semangat menyiapkan PhD ku ini.

memang aku targer nak dapat specification laptop yang ni sebabnya memang aku perlu untuk process data dan buat modelling research aku ni. further more, laptop ni tak panas macam laptop lama.

tapi laptop compaq-HP lama tu banyak betul berjasa. aku beli laptop lama tu december 2007. so tambah tolak 5 tahun aku pakai laptop tu tapi akhirnya dia mengaku kalah dengan merosakkan motherboardnya sendiri. bila nak hantar repair, orang kedai suruh beli lain je.

so... tadaaa.. aku pon beli. actually aku beli on the day aku nak pergi korea, 29 November 2012 haritu. of course aku bawak ke korea kan. mestilah nak kekonon eksyen dengan mother. padahal mother tak heran.

nak dijadikan cerita, balik dari korea, beberapa hari lepas tu computer buat hal. dia tak boleh masuk windows dan tak detect harddisc. so bawak balik ke kedai, kedai kata harddisc problem dan perlu tukar. nasib baik ada warranty lagi. orang kedai sangat baik hati tolong hantarkan ke asus centre di lawyatt tu. lepas 2 minggu, dapatlah balik..

nak ambil laptop yang dah direpair pon ada cerita lain pulak. semalam tengah hari orang kedai dah call kata boleh ambil laptop dah. so lepas office dalam jam 6.30pm aku pon terus ke mines. oh, kedai tu kat mines. Got It Access namanya. sampai di kedai, orang tu minta resit service. aku carik-carik dalam purse, tak jumpa. orang kedai cakap, walaupon dia kenal aku, tapi kene ada resit tu untuk ambil semula laptop. procedure kan. so aku cakap, esok (harini) aku akan datang balik.

terus rasa nervous masa tu, sebab tak ingat letak kat mana resit tu. seingat aku, memang aku tak pernah keluarkan dari purse. so sampai rumah, cari resit dalam bag laptop, tak jumpa. cari semula dalam handbag, tak jumpa. cari kat tempat pengumpulan barang-barang yang selalu dilonggokkan setempat dalam bakul untuk kategori lost n found, tak jumpa. jangan main-main rumah mother ada bakul lost n found ok. last resort, aku cek semula dalam purse. sekali jumpa. ceh betul lah. cemana boleh tak nampak kan.

nampak sangat nak suruh aku pergi mines lagi harini.


laptop dah baik. supervisor dah terima dan tengah check chapter 1. chapter lain masih terhegeh-hegeh nak disiapkan. tapi discussion dengan supervisor pon smooth. rasa seronok sangat bila supervisor puji. tapi, seronok kejap je sebab lepas tu pening memikirkan the next kerja yang bakal ditempuh lagi bergunung ganang kalah gunung-gunung kat korea tu. eh?

semoga semangat berkekalan. amin.

6 comments:

Dr Singa said...

Buat berat beg je bawak gi Korea kannn..

bujal X said...

pakai tablet la~ringan~~he~~

Ms Haslina said...

tahniah dengan usaha murni dalam mendapatkan laptop baru.

and GUD LUCK semasa 'mendaki gunung' nanti.

aliaaroslan2 said...

@Dr Singa kat korea dia ok lagi. siap tengok movie dan drama bagai. hehe

aliaaroslan2 said...

@bujal X tablet tak best kalau nak buat kerja (process data).. tapi kalau main game, terbaek..

aliaaroslan2 said...

@haslina thanks kak haslina... marilah berusaha...