Tuesday, January 22, 2013

risotto

tak sangka aku berjaya masak prawn risotto kat korea haritu. cayalah. eh, apesal puji diri ni?

cemana nak masaknya?


bahan-bahan (untuk 4 orang makan) :
  • bawang putih - 3 ulas (cincang halus)
  • tomato puree 1 tin (aku pakai sos tomato haritu)
  • beras bulat-bulat / sticky rice / Japanese rice - 2 1/2 cawan
  • 1kg udang dah siap kopek
  • 1 sudu olive oil
  • garam secukup rasa
  • air 5 cawan
kaedahnya :
  1. panaskan periuk. masukkan olive oil.
  2. tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. masukkan tomato puree / tomato sauce.
  4. masukkan air 2 cawan. kacau sebati.
  5. cuci beras dan masukkan ke dalam periuk.
  6. kacau sentiasa. 
  7. bila air agak-agak kurang, masukkan secawan demi secawan.
  8. masak dan kacau sentiasa sehingga beras kembang. 
  9. masukkan udang. kacau sehingga udang masak. 
  10. pastikan adunan dalam periuk pekat. padamkan api.
  11. hidang!!!
serius memang laku tau tak!

2 comments:

Hulubalang said...

err...garam bila masuk? pastu air tu masuk secawan demi secawan bila air kering ke?

aliaaroslan said...

@Hulubalang garam masukkan in between. ikut rasa sendiri punya masin. and yup, air masukkan secawan-secawan bila air dah kurang.