bangun awal pagi ada perkara biasa di hari bekerja. pagi tu takdelah tahap menunggu sebelum azan subuh. ala-ala lepas habis azan subuh sikit. then mandi lalu terus solat subuh dan bersiap.
malam sebelum dah siap gosok baju kurung. amek kau, berbaju kurung pergi kerja. sungguh rare di situ bagi daku ini yang suka nak jalan cepat-cepat laju-laju bagaikan mengejar something yang aku pon tak tau apa dia.
then lepak kejap dan terus dhuha.
pakai tudung, switch on tv. layan MHI dulu. ape kene entah aku ni perangai nak kena layan MHI sebelum pergi kerja kan.
tak sempat nak habis berita terkini pagi, terus dah pack in netbook, capai backpack slash handbag, capai kunci kereta, offkan tv dan lampu. terus keluar rumah. pilih mane kasut nak pakai pergi kerja, of course kene dengan caracter baju kurung kan. keluar rumah, tunggu lift. keluar lift, pergi ke kereta. start engine, tunggu temperature naik sikit. then off to the office.
sampai di office, onkan PC. alamak, internet masih problem. tapi ada dokumen urgent perlu diprint. so onkan netbook. unfortunately wireless di office tersangat lembab tahap dewa. tunggu lagi. then dah download document, save pada pendrive.
plug in pendrive pada PC, print document. settlekan semua, terus pergi minum di cafe. minum cepat-cepat je sebab nak kena pergi mengadap big boss nombor 1. kalau kat university siapa big boss nombor 1??? jeng jeng jeng.
mengadap big boss, siapkan kerja semua dengan big boss dan sorang lagi officemate. habis kerja, terus jalan cepat-cepat balik office, capai netbook, LCD projector dan files, terus pergi kelas.
after 2 hours of class, balik office, sign document tu, baca document ni, ajak officemates lain pergi lunch. lunch makan ape? nasi campur biasa je. then balik office, solat zuhur, siapkan kerja lagi.
well, kerja kan neverending. ala-ala pukul 3pm, pergi ke exam unit hantar soalan exam. then sign itu dan ini, balik ke office. buat kerja lagi, jam 4.30pm pergi meeting di school engineering. sampai habis office hour, then balik rumah.
keluar tol, singgah kedai goreng pisang. teringin nak makan goreng pisang. sampai je kat rumah, parking, naik lift. masuk rumah, tiba-tiba teringin nak makan meggie. tapi mandi dulu, then solat asar. then masak maggie dan makan. maka, goodluck kepada badanku malam ini kerana kalau aku makan maggie, konfem akan sakin badan angin malam ni. kene makan maggie sebelum alim balik dari sekolah sebab dia tak boleh makan maggie.
then online, alim pon balik rumah, reply email mother dan sekarang ialah sedang menonton drama tv3 - hingga hujung nyawa.
malam ni ape nak buat?
4 comments:
walau apa pun, penampilan anda amat outstanding hari ini.
tahniah dear.
p/s ingatkan ada pic hari ini dalam blog.
ni dairi ke apa ni?
heh....
@afendi ariff rambling tanpa arah tujuan...
@haslina terlupa nak ambil gambar. hehehe
Post a Comment