Date : 9 December 2012
Oleh kerana kami berkubang di dalam rumah sambil menikmati floor and top heater, maka tiada lah gambar di luar rumah yang diambil.
namun begitu, aku nak suggest cara pemakaian ketika keluar berjalan-jalan pada musim sejuk / winter.
they are good layers and keep me warm. sebab tu lah bila aku describe sejuk tu sebagai "tak rasa pipi bila bercakap". sebab lain-lain layers baek punya.
1. dress up macam biasa nak keluar shopping groceries kat tesco tu. tapi maafkan lah penampilan aku ni. maklumlah, selekeh je kan.
2. untuk mengelakkan kaki sejuk beku bagaikan nak tercabut jari dan kene frost bite di kaki, pakailah stokin 2 lapis. real socks tau. bukan panty hose tu.
3. pakai selapis lagi baju wool. kalau boleh yang beli di luar negara punya or yang dibeli di kedai seperti universal travellers, etc. sebab material dia memang dibuat khas untuk winter. kalau setakat cardigen biasa yang beli di malaysia, material dia bukan untuk winter. bukan tak boleh pakai yang biasa tu, cuma kene pakai berlapis-lapis. kalau pakai yg macam aku pakai ni, dulu beli di UK, pakai satu je. kalau pakai dua, nanti kepanasan pulak.
4. then, pakailah winter jacket. kalau yang style belon macam aku dan ahli keluarga lain pakai ni, memang tak serap air. so boleh pakai sambil main snow gerenti tak basah. yang ni aku beli di universal traveller before pergi UK tahun 2010. memang berjasa betul. aku memang choose panjang sampai atas lutut sebab nak cover peha yang bakal kebas jua bila dah lama-lama jalan-jalan dengan cuaca -5 darjah or below.
5. scarf / maffla (betul ke ejaan ni?. tujuannya untuk panaskan bahagian tengkuk dan cover sekali telinga. kalau nak pakai yang tutup telinga macam earphone besar tu pon boleh. telinga kene tutup bagi yang sensitif sebab ada orang yang sensitif, tak tutup telinga, boleh pecah gegendang telinga (macam alim kene dulu sebab dia main rugby masa winter. cheh).
6. gloves. ada banyak jenis. yang aku pakai tu kain jenis fleece. memang panas dan bagus. tapi kalau main snow, konfem basah. bila nak main snow, silalah tukar kepada glove yang tak serap air tu, macam plastik punya tu.
7. di kala nak jalan menempuh snow, bagus kalau pakai kasut yang style hiking punya tu. banyak brand dan banyak style. nak high-cut, low-cut pon ada. warna macam-macam ada. kasut style ni memang grip bila jalan dalam snow. tapi bila snow dah jadi ice, memang boleh ice skating terus sebab akan licin. macam berhati-hati bila jalan atas ice. bukan menari ice-ice beybeh ye....
8. untuk senang jalan-jalan sightseeing, bawaklah bagpack. especially kalau jenis macam aku ni yang dah sekali tertinggal handbag dalam bas, tapi nasib baik dapat balik. korea ni selamat kalau bawak bag pack di bahagian belakang badan kalau tengah dalam keadaan sesak (dalam train ke, shopping kat tempat ramai orang ke). tapi kalau tempat yang diragui keselamatannya, bawaklah bagpack di bahagian depan badan.
9. botol air berisi air mineral (untuk minum). bagus untuk mengekalkan tahap hidrasi badan (pergh ayat tokleh blah bila translate ke bahasa melayu). tapi kat korea ni drinking water station bersepah. di european countries agak payah nak cari free drinking water station. di UK pon bersepah. juga biskut bungkus kecil-kecil. just in case bila jalan-jalan tu sesat dan tak jumpa tempat nak beli makanan yang dihajati.
10. tissue paper. paling penting ni. untuk lap hingus yang mengalir tanpa disedari diri sendiri. sebabnya bila super sejuk, memang tak sedar hingus meleleh. ceh... sila jangan imagine.
sekian sahaja repekan untuk hari berkubang di rumah...
p/s: bestnya floor heater!!! UK should do this.
2 comments:
Masa kami tinggal di Birmingham, kami tinggal di flat yg agak best la, security best dan paling best ada floor heater :)
@DeLancrettLurpak wow, best tu. salah satu rumah sewa kami kat UK dulu ada insulator kat lantai so that lantai rumah kami tu panas sentiasa bila winter...
Post a Comment