Tuesday, September 25, 2012

Recipe : Rendang Nenek Kajang


teruskan membaca. ini ialah gambar ulangan siaran rendang raya haritu... kali ni aku nak sertakan recipe nya sekali... mane tau nanti aku dah lupa ape recipe nya...

Bahan-bahan yang telah digunakan:
8kg ++ of daging + limpa + paru (dipotong saiz ibu jari)
500g cili giling
1 paket kecil cili api (lebih kurang 1 genggam) - blend
500g bawang kecil (merah) - blend
5 labu bawang putih - blend
1 tapak tangan besar halia - blend
1 tapak tangan besar lengkuas -blend
5 helai daun kunyit
20 biji bawang besar (saya mix bawang hollang dan bawang besar biasa) - blend
20 batang serai -blend
2kg santan pekat
15 sudu besar gula (lebih kalau nak kurang pedas)
garam secukup rasa

Cara memasak :

1) panaskan kuali, masukkan daging + limpa + paru. biarkan air dari daging tu semua keluar. ambil masa lebih kurang sejam. kacau sentiasa.
2) masukkan masukkan semua bahan-bahan yang diblend tadi - bawang kecil + bawang putih + bawang besar + halia + lengkuas + serai. kacau sentiasa.
3) bila air berkurangan, masukkan cili giling dan cili api. terus masukkan gula dan garam. kacau sentiasa.
4) terus masukkan santan sedikit demi sedikit. make sure kuahnya tak melimpah. kacau sentiasa. jangan kasi berkerak di bahagian bawah kuali.
No. 2, 3 dan 4 mestilah dibuat dalam tempoh 2 jam. kacau sentiasa. masukkan santan hingga habis.
5) bila daging dah empuk, ikan setiap helai daun kunyit (macam ikan daun pandan untuk masukkan dalam nasi lemak tu) dan masukkan dalam kacauan rendang. kacau lagi rendang lagi 5 minit, dan padamkan api.
6) biarkan rendang di dalam kuali untuk at least setengah jam. barulah pindah masukkan ke dalam bekas-bekas.

siap!!! settle rendang raya tahun  ni.

2 comments:

haslina said...

tahniah dan maveles dear.

aliaaroslan said...

@haslina thanks, kak.. itu belum rasa lagi. hehehe