Sunday, September 2, 2012

Raya - Part 1

raya, seperti tahun tahun yang lepas, akan disambut di rumah ayah di taiping (kuala sepetang to be specific). so geng lelaki bersiap dan pergi solat raya while geng wanita standby kat rumah sebab akan ada budak-budak yang datang beraya before habis solat raya. diorang nak collect duit raya, kene buat kerja seawal sudah subuh.

semua adik beradik ada, kecuali aiman. dia kene kerja. dia balik kampung kemudian. 

mengada kan?

sorang lagi mengada

gaya ape ni?
betul aku cakap, keluar aje kaum lelaki pergi solat raya kat masjid, datang segroup budak2. lepas tu, tak putus2 datang. haish korang ni, malas aku nak tarbiyah pasal solat raya bagai. 



semai dan widad akan handle budak2 ni makan minum, basuh glass, tambah air, tambah kuih segala. aku tukang kasi duit raya je. tahun ni rezeki lebih alhamdulillah. share ngan ayah so kasi lebih sikit. 

aku tukang kasi duit raya je

kaum lelaki balik dari solat raya, kami pon bersalam raya. kasi duit raya, makan raya.  yang dah kahwin dan bekerja tak dapat duit raya ye...

untuk ayah

setahun sekali je dia peluk aku

maleh komen

kau tengok

budak manja

again?

again again?

family photo. rumah ayah baru siap

makanan raya - rendang, ketupat palas, ketupat nasi, lemang, kuah lodeh, kuah kacang

mari makan! maisa buat air teh o panas.


pak lang dan keluarga datang beraya
bila ada gap yang budak-budak tak datang rumah, terus kami keluar cepat-cepat beraya ke rumah adik beradik ayah. kalau tunggu lagi, konfem tak keluar rumah la jawabnya. 

kami beraya ke rumah pak chak. makan laksa!


ustaz don mini?

anak-anak kepada my sepupu

boleh penat kalau mengemas rumah ayah ni. tapi lana syok la main basikal beberapa lap dalam rumah.
dan, seperti tahun-tahun sudap juga, lepas asar, kami adik beradik akan balik ke kajang, rumah mother. sebab esoknya beraya sedara mara belah mother di kajang. adik beradik mother dan nenek atuk saudara...

sampai je rumah mother malam tu, terhidang masak lomak cili api kerbau, kari ikan dan macam-macam lagi. makan dengan nasi putih. pergh!!!

ikan duri goreng, masak lemak cili api kerbau

masak lemak cili api kerbau igauan ramai...

4 comments:

Dr Singa said...

sungguh dramatik itu kanak Widad!

atty's said...

sedapnya masak lemak cili api kerbau tu..lama tak tak merasa

aliaaroslan said...

@Dr Singa dia memang drama queen all the way. tak kira event ape.

aliaaroslan said...

@atty's saya makan sambil menahan pedas. tapi ku tempuh jua sebab sedap gilos!