Sunday, September 30, 2012

Italian lah sangat!

gambar ni pon dah up minggu lepas. tapi nak letak recipe pulak kali ni. mane tau boleh menjadi panduan untuk diri sendiri dan orang lain.

ini untuk 2 regular sized pizza (size 10 inch each)


Bahan untuk crust :
* 300g tepung roti
* 1/2 tablespoon yeast (5.5g)
* 1/2 teaspoon garam
* 50g gula
* 1/2 tablespoon bread improver
* 2/3 cup air
* 1 biji telur (saiz medium)
40g butter

Kaedahnya:
1) campurkan kesemua bahan yang bertanda (*), gaulkan sama rata. yang ni ambil masa sikit. dalam 5 minit macam tu. adunan agak melekit.
2) bila adunan dah kurang melekit, masukkan butter.
3) uli adunan sama rata sampai sekata semuanya. yang ni ambil banyak masa sikit, lebih kurang 15-20 minit, sehingga adunan tak melekat pada mixing bowl dan tangan.
4) tinggalkan adunan tadi (set aside) untuk adunan naik sekaliganda. akan ambil masa lebih kurang setengah jam.
5) bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (mengikut bilangan acuan dan saiz acuan). aku suka buat crust nipis.

sekarang, bolehlah start menghias topping pizza. topping yang aku gunakan ialah:
1) capsicum
2) mushroom
3) ham slices (ayam)
4) mozarella cheese
5) tomato puree - untuk lapisan pertama atas crust.

so aku layerkan camni :
crust > tomato puree > ham > mushroom > capsicum > cheese

bakar selama 20 minit, bersuhu tinggi, di dalam oven

siap je, boleh terus makan! sebab cheesenya tengah meltingggg....

2 comments:

haslina said...

tima kasih utk resepi indah itu.
suhunya agak2 dalam berapa tu alia?.

aliaaroslan said...

@haslina kat rumah punya oven takde nombor suhu. main api kecik, sederhana or besar. yg ni aliaa pakai api besar.