Wednesday, June 18, 2014

Aliaa and food

Memang tak dapat dipisahkan. Walaupon ada time yang rasa malas or taknak makan, tapi most of the time kenalah makan kan. Sempena nak ramadhan ni, kena asah balik skill masak. Bukan nak masak canggih pon, biasa-biasa je. 



Ha, macam nasi goreng kasih sayang atas ni. Aku angkut nasi putih yang dalam fridge kat rumah mother ke rumah aku. Pastu esoknya, aku lerai-leraikan dia lepas keluarkan dari fridge. Pastu panaskan kuali, masukkan minyak, perencah nasi goreng adabi, sosej dah potong-potong, nasi putih tadi. Gaul sampai rata. Then garam secukup rasa, pecahkan beberapa biji telur. Gaul sampai kering, dan siap!


Speghetti kari ni lagi pemalas punya style. Dahla rencah dia telur rebus je. Gilos kan. Memang saje ganti mee kuning dengan speghetti. Rasa lagi sedap lak tu. 


Ha, yang last ni mestilah bukan aku yang masak. Kat IG aku dah upload, ni satay willy namanya. Memang alhamdulillah nasib baik masa nak tapau satay ni tunggu turn 2 orang je. Sampai rumah mother terus ngap. 

Sape dah siap list juadah untuk berbuka ramadhan ni? I need suggestion please.

0 comments: